Latihan 1: Kefahaman Petikan Prosa
Tradisional (MERAH SILU).
Baca petikan prosa di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Tinggallah
Merah Silu dengan Merah Hasum berdua saudara dan saki-baki rakyat yang masih
hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu
untuk terus tinggal di dalam negeri itu.
Tiada
beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu,
“Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal
kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini!
Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada
kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita
dapat diam di sana.”
Setelah putus
bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik mereka pun keluar meninggalkan
negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan
arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan pejalanan. Dengan takdir
Allah S.W.T,mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka
perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.
(i)
Berikan maksud rangkai kata
mengikut jalan arah matahari mati. [2 markah]
(ii) Mengapakah Merah Silu mengajak Merah Hasum meninggalkan negeri
Semerlanga? [3
markah]
(iii)
Pada
pendapat anda, apakah ciri-ciri yang
dimiliki oleh negeri Beruana yang menyebabkan Merah Silu dan Merah Hasum memilih
negeri berkenaan untuk dijadikan kampung?
Nyatakan tiga ciri berkenaan. [3 markah]
Latihan 2: Kefahaman Petikan Prosa
Tradisional (HIKAYAT INDERA NATA).
Baca petikan prosa di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah
itu maka Indera Nata dan tuan puteri
yang tujuh itu pun turunlah ia dari atas mahligai menunggng gajah itu. Maka
segala perkakasan di dalam mahligai itu pun habislah dibawanya.
Setelah
sudah maka Indera Nata pun berjalanlah di tanah menghelakan gajah itu. bermula
adapun tuan puteri yang tujuh orang itu duduklah di atas gajah itu dan tiada berapa antaranya berjalan itu
masuk hutan terbit hutan padang masuk padang maka ia pun sampai ke tepi laut.
Sebermula
maka tersebutlah perkataannya raksasa mencari kijang putih itu. Maka ia pun
tiadalah betremu dan beberapa gunung yang besar-besar habislah dijalaninya
daripada sakit hatinya mencari kijang itu. Setelah demikian maka ia pun marahlah
akan tuan puteri itu lalulah ia segera berjalan pulang melihat isterinya yang
membasuh kain hitam itu. Maka didapatinya lagi isterinya membasuh kain hitam
itu. Mula-mula habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih.
(i)
Berikan maksud rangkai kata tiada berapa antaranya. [2
markah]
(ii)
Mengapakah raksasa berasa sangat sakit
hati? [2
markah]
(iii) Sekiranya anda tuan puteri,
bagaimanakah anda membalas jasa Indera Nata yang telah menyelamatkan anda
daripada raksasa itu? Berikan dua
cara yang relevan.
[4
markah]
Latihan 3: Kefahaman Petikan Prosa
Tradisional (HIKAYAT KHOJA MAIMUN).
Baca petikan prosa di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka
bayan itu pun diambil oleh Bibi Zainab lalu dibawanya pulang ke rumahnya serta
diperbuatkan sangkarnya terlalu indah-indah
perbuatannya.
Sebermula
adapun akan Khoja Maimun laki isteri itu, maka segala sanbal di dalam negeri
Ajam itu habislah dibelinya. Setelah genap tiga hari datanglah khalifah dari
negeri Babil hendak membeli dagangan sanbal itu, maka tiadalah diperolehnya
kepada tempat lain lagi melainkan kepada Khoja Maimun juga yang ada menaruh
sanbal itu. Maka Khoja Maimun pun terlalu amat sukacitanya daripada neroleh
laba ganda-berganda itu. Maka Khoja Maimun pun membayarlah harga Bayan itu.
Setelah keesokkan hari, maka Khoja Maimun berjalan pula ke pecan. maka ia pun
bertemu dengan orang berjual Tiung betina, lalu dibelinya dan dibawanya pulang
ke rumahnya lalu ditaruhnya di dalam sangkaran Bayan itu.
(i)
Berikan maksud rangkai kata terlalu
indah-indah perbuatannya. [2 markah]
(ii)
Bagaimanakah Khoja Maimun banyak beroleh keuntungan yang
berganda-ganda?
[2 markah]
(iii) Sekiranya
anda ahli perniagaan, apakah tindakan yang boleh anda ambil untuk melariskan produk jualan anda
itu? Kemukakan dua cara yang sesuai. [4 markah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan