ULASAN DRAMA :MENDUNG HITAM BERALIH JUA”
KARYA ARIPIN SAID
SINOPSIS
Sebelum keluar dari rumah, Jamilah memberikan
surat daripada pihak sekolah kepada ibunya, Mak Limah untuk diberikan kepada
ayahnya, Pak Jusuh. Isi surat itu menyatakan bahawa Pak Jusuh perlu menjelaskan
yuran peperiksaan Jamilah sebanyak tujuh puluh lima ringgit. Pak Jusuh mengeluh
kerana tidak mempunyai wang untuk menjelaskan yuran tersebut. Sebagai nelayan,
dia tidak mendapat seekor ikan pun pada hari itu. Hutang di kedai Mutusami juga
semakin hari semakin bertambah. Mak Limah marah kepada Pak Jusuh kerana
enggan menyertai tanah rancangan dahulu. Pak Jusuh percaya dengan menjadi
nelayan mereka sekeluarga mampu hidup senang seperti Haji Dolah yang mempunyai
rumah besar dan kereta. Akibatnya mereka terus hidup dihimpit kemiskinan.
Mutusami datang menuntut hutang
daripada Pak Jusuh. Pak Jusuh tidak dapat melangsaikan hutang tersebut kerana
tidak mempunyai wang. Mutusami mahu membawa perkara tersebut ke mahkamah. Pak
Jusuh naik berang lalu menghalau Mutusami. Untuk meleraikan keadaan, Mak Limah
menawarkan sebuah radio kepada Mutusami sebagai cagaran namun enggan
menerimanya. Mutusami meminta Mak Limah menyelesaikan hutangnya sedikit demi
sedikit. Pak Seman datang ke rumah Pak Jusuh untuk menjemput Pak Jusuh
menghadiri majlis kenduri di rumah menantunya. Pak Jusuh menyatakan hasratnya
mahu menyertai tanah rancangan kerana hendak mengubah nasib keluarganya. Pak
Seman berjanji akan menolong Pak Jusuh untuk menyertai tanah rancangan
tersebut.
TEMA
Isu kemiskinan golongan nelayan.
Bukti:
Pak Jusuh sering ketiadaan wang dan dibebani hutang yang banyak kerana
pendapatannya sebagai nelayan tidak mampu menampung kehidupan keluarganya.
PERSOALAN.
- Kesedaran untuk mengubah nasib dengan menukar haluan lain yang lebih baik.
- Amalan berhutang akan membawa padah.
- Tanggungjawab seorang ketua keluarga terhadap keluarganya.
- Keprihatinan seorang ibu terhadap pelajaran anaknya.
- Tanggungjawab kerajaan membantu rakyat melalui pelbagai rancangan.
- Amalan tolong-menolong dalam kalangan masyarakat.
WATAK
DAN PERWATAKAN.
Pak Jusuh
- Suami Mak Limah
- Bekerja sebagai nelayan
- Seorang yang buta huruf
- Banyak berhutang
Mak Limah
• Isteri kepada Pak Jusuh
• Mengambil berat urusan keluarga
Jamilah
• Anak Pak Jusuh
dan Mak Limah
• Seorang gadis yang aktif
Mutusami
• Seorang peniaga di kampung tersebut
• Menuntut hutang
daripada Pak Jusuh
• Boleh bertolak ansur
Pak Seman
• Telah menyertai
tanah rancangan
• Kehidupannya lebih baik dan senang
LATAR
1.
Masa : waktu petang menjelang senja.
2.
Tempat : ruang tamu rumah Pak Jusuh
LATAR
MASYARAKAT
- masyarakat yang hidup dalam kemiskinan,
- masyarakat buta huruf,
- masyarakat yang bertolak ansur,
- masyarakat yang berani berubah untuk kesenangan hidup.
NILAI
- Nilai ketabahan - Pak Jusuh dan Mak Limah tabah mengharungi hidup dalam kemiskinan
- Nilai keprihatinan - Pak Seman prihatin dengan keadaan Pak Jusuh yang hidup kesusahan
- Nilai bertolak ansur - Mutusami bertolak ansur dengan Mak Limah
PENGAJARAN.
i. 1. Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam
kesusahan
ii. 2. Kita hendaklah berani melakukan perubahan demi
kebaikan hidup sekeluarga
iii. 3. Kita hendaklah bertolak ansur dengan orang lain
untuk mengelakkan pergaduhan
GAYA BAHASA.
- Sinkope - tak, nak, mak
- Simile - hitam pekat macam kopi o yang kita minum ni
- Loghat India - Awak hutang saya punya kedai sudah banyak, saya pun mahu guna itu wang
- Repetisi – Duit bukulah, duit bajulah, duit periksalah..
- Simile – Hitam pekat macam kopi O …
Tiada ulasan:
Catat Ulasan