Latihan 1:
Karangan Berpandu.
Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah membeli barangan buatan Malaysia.
Panjang huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.
Latihan 2: Latihan
rumusan dan kefahaman.
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah untuk membantu meringankan beban golongan kurang upaya
dan masalah-masalah yang dihadapi untuk
melaksanakannya. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Memang tidak dapat
dinafikan bahawa masih terdapat
segelintir masyarakat kita yang menganggap golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di
negara kita disifatkan sebagai orang yang tidak berguna atau tidak berupaya.
Mereka hanya tahu menagih simpati
daripada masyarakat bagi meneruskan kehidupan. Sesungguhnya, tanggapan
negatif seperti itu amat mendukacitakan dan tidak berperikemanusiaan. Mereka
lupa bahawa golongan tersebut juga merupakan sebahagian daripada anggota
masyarakat yang mempunyai perasaan, kebolehan, keterampilan, bakat dan
kepintaran dalam pelbagai bidang seperti
manusia normal yang lain.
Dalam hal ini, kerajaan akan
menubuhkan lebih banyak pusat pemulihan komuniti bagi OKU dalam RMK-9. Pusat
yang dikenali sebagai Pusat Khidmat Setempat akan menyediakan perkhidmatan yang lebih komprehensif untuk kegunaan
mereka. Selain itu akta OKU akan digubal untuk meningkatkan dan melindungi hak
OKU supaya mereka hidup bermaruah dan mempunyai harga diri. Pada masa yang
sama, program mengintegrasikan OKU dalam masyarakat diharap boleh memberi
peluang kepada mereka menjalin kehidupan yang normal. Selain itu kebanyakan
pertubuhan bukan kerajaan menerajui sendiri urusan persatuan masing-masing dengan merancang dan
menjalankan aktiviti secara bersama-sama. Kerajaan amat berbangga dan memberi
sokongan terhadap usaha-usaha tersebut.
Bagi sektor
awam, di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988, satu peratus peluang
pekerjaan diperuntukkan kepada OKU. Sehingga kini pelbagai jenis pekerjaan
dijawat oleh golongan istimewa ini daripada peringkat kumpulan sokongan
sehinggalah ke peringkat profesional. Sektor awam dan sektor swasta perlulah
menyediakan lebih banyak latihan serta
peluang menceburi bidang keusahawanan
agar golongan OKU mampu berdikari. Untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan semasa, penekanan
terhadap bidang pendidikan dan latihan kemahiran terus diberi keutamaan oleh
pihak kerajaan. Antara cadangan yang diutarakan ialah menubuhkan unit khas di
Kementerian Pembangunan Usahawan untuk membantu golongan OKU yang terlibat
dalam bidang perniagaan. Kurikulum khas juga digubal dengan memasukkan elemen
keusahawanan pada peringkat kursus dan latihan vokasional. Kerajaan juga
memperkenalkan skim bantuan modal oleh institusi kewangan seperti Bank
Pertanian, MARA dan sebagainya untuk membantu golongan itu.
Menteri Belia dan
Sukan turut menyeru syarikat-syarikat swasta supaya mewujudkan kerjasama pintar
dengan badan-badan OKU untuk aktiviti pembangunan para atlet dari segi
kelengkapan sukan. Kita harus menerima golongan OKU seperti manusia normal yang
lain, di samping memberi peluang untuk mereka menonjolkan bakat dan kebolehan
yang ada pada mereka. Kejayaan yang dicapai oleh golongan ini telah membuktikan
bahawa mereka juga dapat bersama-sama dengan golongan normal memberi sumbangan
ke arah pembangunan dan kemajuan diri serta negara.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada“Sumbangan
Orang Kurang Upaya Kepada Negara”
oleh Hj. Samat Buang, Dewan Siswa,
Ogos 2006)
Soalan
2(a) -
Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i)
Berikan
maksud rangkai kata menagih simpati
daripada masyarakat.
[2 markah]
(ii)
Mengapakan
golongan OKU perlu diberi bantuan oleh pelbagai pihak ? [3 markah]
(iii)
Pada
pendapat anda, mengapakah masyarakat masih memandang serong terhadap kemampuan
golongan OKU dalam memberikan sumbangan terhadap negara?
[4 markah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan