Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 13 Ogos 2012

Karangan: Usaha Mengekalkan Keamanan Sejagat (Dimensi Antarabangsa)


Keamanan sejagat merupakan tanggungjawab global. Oleh itu, setiap negara wajar melaksanakan pelbagai cara untuk mengekalkan keamanan negara dan antarabangsa. Bincangkan.

            Pertelingkahan politik dalam negara seperti di Syria, konflik antara kaum yang masih melanda Sri Lanka dan pembunuhan etnik yang  pernah terjadi di Bosnia Herzergovina serta Rwanda memberikan bayangan bahawa keamanan di dunia amat goyah ibarat buih-buih di lautan. Oleh yang demikian, usaha mewujudkan keamanan dunia menjadi agenda perdana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Walau bagaimanapun, setiap negara tidak boleh bergantung semata-mata kepada badan dunia itu, malah setiap negara perlu mengambil inisiatif untuk mengekalkan keamanan dalam negara mahupun antarabangsa.
            Tidak boleh dinafikan bahawa perpaduan antara rakyat merupakan kunci keamanan sesebuah negara terutamanya di negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia. Oleh itu, usaha mewujudkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat hendaklah dilaksanakan secara serius dan berterusan. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang pernah mencalar sejarah Malaysia membuktikan bahawa ikatan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum sangat rapuh. Mainan sentimen perkauman yang keterlaluan ibarat percikan api telah menyemarakan gelombang kebencian antara kaum. Impaknya, peristiwa berkenaan  telah meninggalkan parut walaupun lukanya sudah sembuh kepada mangsanya. Atas dasar tidak mahu pisang berbuah dua kali kerajaan Barisan Nasional telah ditubuhkan bagi membentuk kerjasama pintar antara parti politik yang mewakili setiap kaum. Tegasnya, pertelingkahan dalam kalangan rakyat hanya akan merugikan negara kerana pihak yang kalah menjadi abu tetapi pihak yang menang menjadi arang.
            Pada masa yang sama keamanan sejagat juga mampu diwujudkan dengan cara menjalin hubungan kerjasama antara negara serantau. Impak daripada kerjasama antara negara dapat memupuk persefahaman antara negara serantau ibarat aur dan tebing  Sehubungan itu, Malaysia telah menganggotai beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM), dan Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) di samping menjalin hubungan diplomatik dengan setiap negara di dunia kecuali Israel. Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan-pertubuhan berkenaan adalah untuk menjalin kerjasama dari aspek politik, ekonomi, dan sosial serta membincangkan usaha untuk menyelesaikan konflik antara negara anggota. Intihanya, hubungan baik antara negara mampu menjadikan planet Bumi ini sebagai sebuah petempatan untuk manusia yang aman dan makmur.
            Marcapada, perbalahan antara negara seakan-akan sukar untuk dielakkan apabila masing-masing cuba mengeksploitasi sumber kekayaan yang terdapat di muka bumi ini demi kelangsungan ekonomi negara masing-masing. Apabila keadaan ini terjadi maka meja rundingan ialah platform yang paling ampuh untuk menyelesaikan konflik yang timbul dan bukannya dengan mengangkat senjata. Dalam hal ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda telah banyak berjasa dalam menyelesaikan pertikaian antara negara seperti perebutan Pulau Ligitan dan Sipadan oleh Malaysia dan Indonesia serta Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura. Tuntasnya, setiap perumitan yang timbul hendaklah diselesaikan dengan penuh berhemah ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, manakala tepung pula tidak berselerak.
            Akhir sekali, keamanan negara mahupun antarabangsa boleh dikekalkan jika layanan yang adil dan saksama diberikan kepada semua pihak. Tamsilannya, di Malaysia, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk memastikan setiap kaum mendapat hak yang adil dan saksama untuk menikmati kemakmuran negara. Begitulah yang seharusnya berlaku di peringkat antarabangsa. Kuasa-kuasa besar dunia sewajarnya memberikan layanan yang adil kepada semua negara tanpa melabelkan negara-negara yang tertentu sebagai sekutu ataupun seteru. Buktinya, peristiwa 11 September 2001 dikatakan berpunca daripada kebencian puak militan terhadap Amerika Syarikat yang bersikap pilih kasih dalam isu-isu antarabangsa yang memberikan keuntungan kepada rakan sekutunya, khususnya Israel. Kempen memerangi keganasan tajaan Amerika Syarikat juga ternyata telah gagal untuk mengekalkan keamanan dunia malah negara ‘Uncle Sam’ itu ibarat tikus membaiki labu apabila keamanan dunia bertambah buruk lantaran polisi pilih bulu pemimpin negara berkenaan. Rumusannya, keadilan dan kesaksamaan layanan antara semua pihak merupakan kunci keamanan sesebuah negara dan buana.
            Deduksinya, prakarsa untuk mewujudkan keamanan dalam negara dan antarabangsa tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja. Perpaduan dalam kalangan rakyat harus dipupuk sejak kecil, ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, hubungan kerjasama antara negara harus dipererat dan budaya bermusyawarah hendaklah diamalakan untuk menyelesaikan sesuatu perbalahan. Tambahan lagi, semua pihak harus dilayan secara adil dan saksama untuk mewujudkan keamanan sejagat. Sesungguhnya, umat manusia harus sedar bahawa planet ini adalah untuk semua makhluk ciptaan-Nya dan manusia sebagai khalifah-Nya harus memastikan dunia terus makmur dan aman.

23 ulasan:

  1. Assalamualaikum cikgu. Saya ada jawab soalan dimensi negara/antarabangsa tapi saya tak ikut kehendak dimensi itu. Berapa ye penolakan pemarkahan tersebut?

    BalasPadam
  2. Tajuk: Usaha yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak dlm memastikan keamanan sejagat dpt direalisasikan. Pelbagai pihak merangkumi pihak kerajaan, mediamassa,ibu bapa dan pihak sekolah? Adakah ibu bapa dan pihak sekolah dpt memastikan keamanan sejagat direalisasikan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya buat yang sama.Saya sangat takut ni.Tolong Cikgu.Karangan saya boleh dianggap cemerlang dan mempunyai ayat mantap.Tolong reply secepat mungkin Cikgu. Terima kasih

      Padam
    2. Saya buat yang sama.Saya sangat takut ni.Tolong Cikgu.Karangan saya boleh dianggap cemerlang dan mempunyai ayat mantap.Tolong reply secepat mungkin Cikgu. Terima kasih

      Padam
    3. Saya buat yang sama.Saya sangat takut ni.Tolong Cikgu.Karangan saya boleh dianggap cemerlang dan mempunyai ayat mantap.Tolong reply secepat mungkin Cikgu. Terima kasih

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. saya menjawab soalan tentang keamanan sejagat ini tetapi salah isi . berapa kah markah yg ditolak ckgu ?

      Padam
    6. keamanan sejagat merangkumi dunia. jawapan mestilah langkah pihak dunia contohnya peranan pbb, asean dll.

      Padam
    7. keamanan sejagat merangkumi dunia. jawapan mestilah langkah pihak dunia contohnya peranan pbb, asean dll.

      Padam
    8. Saya pun membuat perkara yang sama. Berapakah markah yang akan kena tolak?

      Padam
    9. Saya pun membuat perkara yang sama. Berapakah markah yang akan kena tolak?

      Padam
    10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    11. karangan macam ni boleh dikira sebgai jawapan KBAT bagi soalan yg dikemukakan tapi mengapa kebanyakan mereka yg diatas tu cakap mereka tidak dapat markah untuk jawapan kepada karangan mereka cikgu???

      Padam
  3. Tajuk: Usaha yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak dlm memastikan keamanan sejagat dpt direalisasikan. Pelbagai pihak merangkumi pihak kerajaan, mediamassa,ibu bapa dan pihak sekolah? Adakah ibu bapa dan pihak sekolah dpt memastikan keamanan sejagat direalisasikan?

    BalasPadam
  4. paper 1 bm haritu saya silap buat pilihan dengan memilih. saya ingatkan karangan ni tentang dalam negara kita saya pon karang jala ayat. sesudah ja saya buat, saya teros tanya cikgu pasal karangan no (4) keamanan sejagat tu. cikgu saya kata tu pasal antarabangsa yang saya buat ni dalam negara. saya dah salah isi, kalau boleh saya taknak failed. habis habis mati pon dapat credit pon takpa. saya agak risau ni

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pon ingat tentang perkara dalam negara kita saya karang jela ...karang kait dengan kerajaan ibu bapa diri sendiri ...cam mne cikgu berapa kah saya boleh dapat markah...please...

      Padam
  6. Berapakah markah maksimum yang pelajar yang berkenaan akan dapat sekiranya pelajar menjawab soalan tentang usaha daripada pelbagai pihak yang merangkumi pihak kerajaan,pihak media massa,pihak Sekolah Dan pihak ibubapa untuk merealisasikan keamanan sejagat?

    BalasPadam
  7. Berapakah markah maksimum yang akan ditolak jika pelajar menjawab soalan 4 iaitu usaha untuk merealisasikan keamanan sejagat yang isi karangannya merangkumi pelbagai pihak iaitu pihak kerajaan,pihak media massa,pihak Sekolah dan pihak ibubapa dalam usaha untuk merealisasikan keamanan sejagat!

    BalasPadam
  8. Adakah salahnya jika pelajar berkenaan menuliskan isinya tentang usaha-usaha Yang dimainkan oleh pihak kerajaan,pihak media massa,pihak Sekolah Dan pihak Ibubapa untuk merealisasikan keamanan sejagat?

    BalasPadam
  9. Adakah salahnya jika pelajar SPM 2015 yang memilih soalan 4 karangan yang bertajuk
    usaha yang dimainkan oleh pelbagai pihak di mana kandungan isi karangan mereka meliputi atau merangkumi pihak kerajaan, pihak media massa, pihak sekolah dan pihak ibubapa dianggap tidak tepat? dan berapakah markah maksimum yang akan ditolak daripada jumlah 100% bagi bahagian ini? Sila cikgu tolong memberikan pendapat Tuan yang sewajarnya dengan secepat mungkin. sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  10. Adakah salahnya jika pelajar SPM 2015 yang memilih soalan 4 karangan yang bertajuk
    usaha yang dimainkan oleh pelbagai pihak di mana kandungan isi karangan mereka meliputi atau merangkumi pihak kerajaan, pihak media massa, pihak sekolah dan pihak ibubapa dianggap tidak tepat? dan berapakah markah maksimum yang akan ditolak daripada jumlah 100% bagi bahagian ini? Sila cikgu tolong memberikan pendapat Tuan yang sewajarnya dengan secepat mungkin. sekian, terima kasih.

    BalasPadam