Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 3 September 2012

Soalan Ujian Setara 2 2012 Tingkatan 4 & Skema jawapan



 





LEMBAGA PEPERIKSAAN SMK. ST. JOSEPH, PAPAR.
UJIAN SETARA 2 (OGOS) 2012.
TINGKATAN EMPAT.
MASA: 1 JAM 20 MINIT.



Arahan : Jawab semua soalan . Markah penuh 60 markah.


Soalan 1 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]

(a)  Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
                      (i)      bangunan
                     (ii)     pembangunan
                     (iii)     membangunkan
                     (iv)     paparan
                     (v)     terpapar
                     (vi)     memaparkan
                                                                                                                                          [6 markah]

(b)  Gabungkan ayat-ayat dalam perenggan di bawah kepada tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.

Muzium Sarawak terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg. Muzium berkenaan merupakan salah sebuah muzium yang terbaik di Asia. Muzium ini menempatkan koleksi warisan etnologi Kepulauan Borneo. Muzium ini menempatkan koleksi warisan arkeologi Kepulauan Borneo. Muzium ini dibuka pada setiap hari. Muzium ini ditutup pada hari Jumaat dan cuti umum.
                                                                                                                                           [6 markah]
(c)  Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

              (i)      Patriotisma dalam konteks global berbawa maksud dan pengertian yang sangat luas.

             (ii)     Pulau Langkawi memiliki keindahan pantai yang keputihan di samping kisah Mahsuri yang telah menjadi lagenda.

             (iii)     Ibu bapa tidak seharusnya melepaskan tanggung jawab mendidik anak-anak mereka hanya kepada guru semata-mata atas alasan menyibukkan kerja.
                                                                                                                              [6 markah]

(d)  Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

              (i)      Semua guru tingkatan diarahkan agar menghantar senarai nama-nama murid yang terlibat dalam majlis Larian Satu Murid Satu Sukan dengan segera.

             (ii)     Orang ramai diingatkan agar berhemah dalam penggunaan tenaga elektrik kerana sumber tenaga seperti petroleum dan lain-lain sumber semakin berkurangan.

             (iii)     Program Latihan Khidmat Negara tidak bertujuan untuk mendera gulungan remaja, tetapi atas dasar untuk mengukuhkan jati diri mereka sebagai bakal pewaris negara pada masa akan datang.
                                                                                                                               [6 markah]



(e)  Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.

Anak muda yang tebal jati dirinya tidak akan tergamak untuk terlibat dalam gejala sosial. Hal ini disebabkan mereka sedar akan peranan yang perlu dipikul oleh mereka sebagai peneraju negara pada masa hadapan kerana ……….(i)……………… Selain itu, mereka juga perlu bersaing dan setanding dengan rakan-rakan mereka di peringkat global supaya dapat …………….(ii)………………. Oleh itu, mereka disarankan agar memupuk amalan perkongsian dan kerjasama dalam pelbagai bidang, bak kata peribahasa ……….(iii)………………..

                                                                                                                               [6 markah]

Soalan 2 : Novel
[30 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(a)  Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua nilai murni dalam novel tersebut.                                                                                                                            [7 markah]

(b)  Bincangkan dua cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam sebuah novel yang anda kaji dan nyatakan cara beliau mengatasi setiap cabaran tersebut.                          [7 markah]

(c)  Unsur kejutan ialah unsur penceritaan yang menimbulkan situasi yang tidak disangka-sangka oleh watak dalam sesebuah cerita mahupun pembaca. Huraikan dua contoh peristiwa yang menggunakan unsur kejutan dan nyatakan sebab setiap peristiwa berkenaan mengejutkan.                                                                                                [8 markah]

(d)  Huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari berdasarkan contoh-contoh yang sesuai.                                                       [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Skema Pemarkahan Ujian Setara 2 (Ogos) 2012
Tingkatan 4.

Soalan 1.
Perhatian bagi soalan 1 (a)
1.         Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2.         Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan.
3.         Frasa/kata berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4.         Frasa/kata berkenaan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5.         Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah.
6.         Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.
7.         Jika semua frasa/kata digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
8.         Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9.         Isi tidak jelas tolak ½ markah.

(i)         bangunan = sesuatu yang dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai dll)
(ii)   pembangunan = perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, dsb); usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan)
(iii) membangunkan = menyuruh seseorang yang sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan ; menyebabkan seseorang yang sedang tidur terjaga (keranan bising, diganggu, dsb), membangkitkan, mengejutkan; membina, mendirikan, membuat; membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan; membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan.
(iv) paparan = sesuatu (penjelasan, kenyataan, huraian dsb) yang dipaparkan; maklumat seperti teks, perkataan, grafik, simbol, gambar dsb yang dipaparkan pada skrin komputer dsb.
(v)     terpapar = telah dipaparkan, terbentang, tergambar, tertera
(vi) memaparkan = mempamerkan (menyatakan, menghuraikan, menunjukkan dsb) supaya dapat dilihat, difahami, diketahui dsb, mendedahkan, membentangkan; memperlihatkan teks, data, grafik, dsb pada skrin komputer dsb; menjadikan pepat (rata) - memaparkan gigi.

Jawapan 1(b)
Peraturan pemarkahan:
1.     Setiap ayat yang digabungkan dengan tepat dan lengkap berikan 2 markah.
2.     Jika ayat yang digabungkan lebih atau kurang daripada 3 ayat berikan 0 markah.
3.     Jika kata hubung dalam ayat tidak lengkap atau terdapat kesalahan bahasa berikan 1 markah.
(i)   Muzium Sarawak yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg merupakan salah sebuah muzium yang terbaik di Asia.
(ii)      Muzium ini menempatkan  koleksi warisan etnologi dan arkelogi Kepulauan Borneo.
(iii)     Muzium ini dibuka pada setiap hari tetapi ditutup pada hari Jumaat dan cuti umum.


 Jawapan 1(c)
(i)
Patriotisma
- Patriotisme
1m

berbawa
- membawa
1m
(ii)
keputihan
- memutih
1m

lagenda
- legenda
1m
(iii)
tanggung jawab
- tanggungjawab
1m

menyibukkan
- kesibukan
1m

Jawapan 1(d)
(i)
nama-nama
- nama
1m

majlis
- acara
1m
(ii)
berhemah
- berhemat
1m

lain-lain sumber
- sumber-sumber lain
1m
(iii)
tidak
- bukan
1m

gulungan
- golongan
1m

Jawapan 1(e)
Peraturan pemarkahan.
1.     Jika jawab lebih daripada satu jawapan - semak/pertimbangkan jawapan yang pertama sahaja.
2.     Calon tidak memberi nombor, ambil kira jawapan 1 - 3 sahaja.
3.     Setiap peribahasa yang betul berikan 2 markah.
(i)      pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
(ii)      duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
(iii)     berat sama dipikul, ringan sama dijinjing/ bulat air kerana (oleh) pembetung, bulat manusia (kata) kerana muafakat/ bagai aur dengan tebing.

Soalan 2 : Novel.
Peraturan pemarkahan jawapan 2(a) dan 2(b)
(i)             Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari
(ii)            Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap
(iii)           Beri 2 markah bagi setiap isi yang lengkap/jelas
(iv)          Beri 1 markah bagi setiap isi yang kurang lengkap/kurang jelas
(v)           Markah isi maksimum 4 markah
(vi)          Markah bahasa maksimum 3 markah
(vii)         Markah bahasa diberi secara impression
Baik – 3 markah
Sederhana – 2 markah
Lemah – 1 markah
(viii)        Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa
(ix)          Calon tidak menjawab 0 markah.


Jawapan 2(a) Dua nilai murni
Nilai murni
markah
Contoh
markah
Tanggungjawab terhadap keluarga/ tugas
1m
Fuad bertanggungjawab untuk membantu membiayai persekolahan adik-adik angkatnya kerana bapa angkatnya (Peter Lim) sakit./ Fuad sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.
1m
Amanah terhadap tugas
1m
Cikgu Zamani seharusnya amanah dalam menjalankan tugas dengan tidak masuk lewat ke kelas.
1m
Kasih sayang terhadap keluarga.
1m
Fuad sayang akan Pak Ismail dan Mak Salmah dengan membelikan tanah untuk mereka/ Peter Lim sekeluarga dengan membantu membiayai persekolahan anak-anak Peter Lim/ Farhana sebagai adiknya setelah mengetahui mereka adik-beradik/ ibunya dengan mencari kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia/ membawa ibunya mengerjakan umrah.
1m
Taat kepada agama
1m
Fuad sering mengerjakan solat dan belajar mengaji dengan Pak Ismail.
1m
Tabah menghadapi cabaran
1m
Fuad tabah menerima ketentuan takdir bahawa dia tidak boleh mengahwini Farhana kerana mereka adik-beradik.
1m
Tolong-menolong sesama manusia
1m
Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang demam panas mendapatkan rawatan di Kuala Terengganu walaupun hari sudah lewat malam.
1m
Menghargai jasa orang lain
1m
Fuad menziarahi Peter Lim yang sakit yang telah memeliharanya sejak kecil/ Fuad telah membawa Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah bagi membalas jasa mereka yang sudi menerimanya sebagai anak angkat.
1m
Menghormati orang tua
1m
Fuad sangat menghormati Pak Ismail dan Mak Salmah serta tidak pernah meninggikan suaranya ketika berbicara.
1m 
Gigih berusaha untuk mencapai sesuatu
1m
Fuad gigih mencari kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia.
 1m
* Jawapan-jawapan lain yang tepat/logik boleh diterima.

Jawapan 2(b) ; Dua cabaran watak utama dan cara mengatasinya

Cabaran watak utama
Markah
Cara mengatasi
Markah
Fuad dilayan secara dingin oleh Mak Salmah selama beberapa bulan dia tinggal di rumah Mak Salmah kerana Mak Salmah menganggap Fuad sebagai punca kematian Sofia
1m
Fuad sentiasa bersabar/ tidak pernah memusuhi/ mengambil hati Mak Salmah dan selalu berdoa semoga Mak Salmah akan memaafkannya.
1m
Fuad sukar untuk mencari kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia kerana dia tidak mengenali saudara-mara sebelah ibunya.
1m
Fuad telah meminta bantuan bapa angkatnya Peter Lim ,Pak Ngah Lias dan Pak Said untuk mengesan kubur ibunya.
1m
Fuad mendapati wanita yang dicintainya, iaitu Farhana ialah adiknya.
1m
Fuad reda menerima ketentuan takdir itu lalu menukarkan perasaan sayangnya kepada Farhana sebagai sayang seorang abang.
1m
Fuad mendapati anak-anak muridnya di Sekolah Menengah Seri Setia sangat lemah dalam bahasa Inggeris.
1m
Fuad sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya agar mahir berbahasa Inggeris.
1m

Peraturan pemarkahan jawapan 2(c) dan 2(d)
(i)             Isi dan huraian mesti lengkap dan jelas.
(ii)            Markah isi maksimum 6 markah.
(iii)           Markah bahasa maksimum 2 markah
(iv)          Markah bahasa diberi secara impression.
Baik – 2 markah
Lemah- 1 markah
(v)           Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
(vi)          Calon tidak menjawab 0 markah

Jawapan 2(c) : Dua unsur kejutan dan dua sebab
Unsur kejutan
Markah
Sebab mengejutkan
Markah
peristiwa pertemuan antara Fuad dengan ibu kandungnya di Hospital Tengku Ampuan Afzan , Kuantan secara kebetulan ketika dia mengunjungi ibu Farhana di sana sangat mengejutkan  Fuad dan Farhana.
1m
Hal ini mengejutkan disebabkan, Fuad tidak menyangka bahawa ibu Farhana itu sebenarnya ibu kandungnya juga. Hal ini disahkan sendiri oleh bapa Fuad iaitu Robert Lim yang kebetulan mahu menemui Fuad untuk menyerahkan sebentuk cincin yang mungkin boleh membantu Fuad mencari ibunya.
2m
peristiwa kehadiran bapa Fuad, Roberti Lim di lapangan terbang ketika Fuad, ibunya Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah hendak berangkat mengerjakan umrah di Makkah mengejutkan Fuad.
1m
Hal ini mengejutkan Fuad kerana dia tidak menyangka bapanya akan datang malah Fuad lebih terkejut apabila bapanya menyatakan bahawa dia akan menyusul ke Makkah juga seolah-olah bapanya mahu kembali kepada agama Islam.
2m
Apabila Fuad memeriksa baki wangnya di mesin juruwang layan diri, dia mendapati baki wangnya lebih dua ratus ribu.
1m
Dia tidak menyangka bapanya akan memasukan wang sebanyak itu setelah lebih setahun dia berada di Danau Seberang. Di samping itu, dia tidak menyangka tiba-tiba dia menjadi kaya tanpa perlu bekerja.
2m
Peter Lim dan Swee Lan terkejut apabila Fuad memaklumkan bahawa Mariana (ibu Fuad) belum meninggal dunia.
1m
Mereka menyangka selama ini ibu Fuad telah meninggal dunia.
2m

 Jawapan 2(d) : 3 latar masyarakat
Latar masyarakat
markah
Contoh
markah
Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarga/ tugas
1m
Fuad bertanggungjawab untuk membantu membiayai persekolahan adik-adik angkatnya kerana bapa angkatnya (Peter Lim) sakit./ Fuad sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.
1m
Masyarakat yang amanah terhadap tugas
1m
Cikgu Zamani seharusnya amanah dalam menjalankan tugas dengan tidak masuk lewat ke kelas.
1m
Masyarakat yang sayang terhadap keluarga.
1m
Fuad sayang akan Pak Ismail dan Mak Salmah dengan membelikan tanah untuk mereka/ Peter Lim sekeluarga dengan membantu membiayai persekolahan anak-anak Peter Lim/ Farhana sebagai adiknya setelah mengetahui mereka adik-beradik/ ibunya dengan mencari kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia/ membawa ibunya mengerjakan umrah.
1m
Masyarakat yang taat kepada agama
1m
Fuad sering mengerjakan solat dan belajar mengaji dengan Pak Ismail.
1m
Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran
1m
Fuad tabah menerima ketentuan takdir bahawa dia tidak boleh mengahwini Farhana kerana mereka adik-beradik.
1m
Masyarakat yang tolong-menolong sesama manusia
1m
Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang demam panas mendapatkan rawatan di Kuala Terengganu walaupun hari sudah lewat malam.
1m
Masyarakat yang menghargai jasa orang lain
1m
Fuad menziarahi Peter Lim yang sakit yang telah memeliharanya sejak kecil/ Fuad telah membawa Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah bagi membalas jasa mereka yang sudi menerimanya sebagai anak angkat.
1m
Masyarakat yang menghormati orang tua
1m
Fuad sangat menghormati Pak Ismail dan Mak Salmah serta tidak pernah meninggikan suaranya ketika berbicara.
1m 
Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai sesuatu
1m
Fuad gigih mencari kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia.
 1m
* Jawapan-jawapan lain yang tepat/logik boleh diterima.

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan