Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 6 September 2012

ANALISIS DRAMA 'GELANGGANG TUK WALI' - Babak demi babak.



 BABAK PERTAMA.

Sinopsis babak 1.
Cerita ini bermula dengan Ripin yang mendapat tahu Tuk Wali demam pada pagi itu. Ripin kemudiannya memberitahu Tuk Wali bahawa pemberita majalah akan datang pada malam tersebut. Sifat melatah Mak Umi keluar apabila dia terhidu akan bau ikan gorengnya yang telah hangus. Tuk Wali menceritakan tentang anak tirinya iaitu Si Berahim berguru dengan Si Guan yang tidak menghormati pantang larang untuk mendapatkan herba di dalam hutan. Tidak lama kemudian,Mak Umi menegur Ripin agar segera ke darat kerana  sudah dekat jam 10. Ripin segera berangkat ke rumah Leman. Sebelum Ripin beredar,Tuk Wali bertanya kepadanya siapa-siapa yang akan turun ke gelanggang silat pada malam itu.Tuk Wali mencadangkan agar Ripin bersilat dengan Mariam tetapi Ripin menolak dan ingin mencari budak-budak silat yang lain untuk berada di gelanggang.

Persoalan.
1.     Persoalan pantang larang dan petua dalam masyarakat Melayu. Contohnya, Tuk Wali menjelaskan bahawa ada patang larang dan petua untuk memilih pokok yang sesuai ditebang atau dicabut.
2.     Persoalan kecintaan terhadap khazanah alam. Contohnya, Tuk Wali kecewa terhadap orang yang menebang pokok terutama pokok herba sesuka hati sehingga tiada pokok yang boleh dijadikan benih.

Watak dan perwatakan Tuk Wali.
1.     Seorang guru silat. – hal ini dapat dibuktikan melalui suasana rumahnya terdapat sebuah beranda rendah , iaitu di bahagian dinding beranda terpamer senjata tradisional seperti keris,lembing dan pelbagai lagi senjata lama.
2.     Seorang yang cinta akan khazanah alam - dia marah akan tindakan manusia yang tamak  untuk mengaut keuntungan daripada hasil hutan (herba) sehingga merosakkan khazanah hutan malah dia mengamalkan pantang larang ketika mencari tumbuhan herba bagi memastikan kelangsungan tumbuhan herba berkenaan.

Latar tempat.
1.     Rumah Pendekar Tuk Wali - Ripin datang untuk berjumpa dengan Tuk Wali.
2.     Di hutan - Tuk Wali ke hutan mencari akar-akar kayu sehari suntuk.

Latar masa.
1.     Waktu pagi - Ripin singgah di rumah Tuk Wali dalam perjalanannya ke rumah Leman di darat.

Latar masyarakat.
1.     Masyarakat yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Tuk Wali kurang senang terhadap orang yang memusnahkan pokok di dalam hutan.
2.     Masyarakat yang mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan. Contohnya, Ripin diundang untuk bermain silat di rumah Haji Kodri.
3.     Masyarakat yang menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Contohnya, Dia tidak mahu bermain silat dengan Mariam.
4.     Masyarakat yang sanggup memusnahkan khazanah alam  demi keuntungan. Contohnya, Si Guan menggunakan traktor untuk mencari herba sehingga memusnahkan semua pokok yang ada.

Nilai.
1.     Nilai mencintai alam sekitar. Contohnya, Tuk Wali kurang senang terhadap orang yang memusnahkan pokok di dalam hutan.
2.     Nilai menghargai petua. Tuk Wali menjelaskan bahawa terdapat pelbagai cara untuk mengenal pasti pokok yang boleh ditebang agar tidak pupus.
3.     Nilai berbudi bahasa. Contohnya, Ripin dengan rasa penuh hormat memberitahu Tuk Wali bahawa dia akan mengumpulkan murid- murid Tuk Wali.

Pengajaran.
1.     Kita hendaklah mencintai alam sekitar. Contohnya, Tuk Wali kurang senang terhadap orang yang memusnahkan pokok di dalam hutan.
2.     Kita hendaklah menghargai petua. Contohnya, Tuk Wali menjelaskan bahawa terdapat pelbagai cara untuk mengenal pasti pokok yang boleh ditebang.
3.     Kita hendaklah berbudi bahasa. Contohnya, Ripin dengan rasa penuh hormat memberitahu Tuk Wali bahawa dia akan mengumpulkan murid- murid Tuk Wali.

BABAK KEDUA.

Sinopsis babak 2.
Dalam babak kedua,Tuk Wali bersiap-siap untuk ke rumah Haji Kodri. Setelah bersiap dia dan Ripin telah ke rumah Haji Kordi. Kemudian, Imam dan Siak telah datang ke rumah Tuk Wali setelah Tuk Wali pergi ke rumah Haji Kodri. Imam dan Siak kurang menyenangi Tuk Wali yang masih ligat di gelanggang silat walaupun telah berusia. Mereka menganggap bahawa dalam usia yang semakin meningkat, Tuk Wali perlulah menghabiskan masanya di masjid untuk beribadah bukannya berada di gelanggang silat. Imam dan Siak tidak cuba untuk berbincang dengan Tuk Wali tentang ketidakpuasan hati mereka. Sebaliknya, mereka hanya berjumpa dengan Mak Umi sahaja.

Persoalan.
1.     Persoalan budaya warisan bangsa yang diremehkan. Contohnya, Imam dan Siak seolah-olah memperlekehkan usaha Tok Wali mengajar ilmu silat kepada generasi muda.

Watak dan perwatakan Mak Umi.
1.     Mak Umi menyayangi suaminya. Dia mempertahankan maruah Tuk Wali yang cuba diperlekehkan oleh Imam dan Siak lantaran penglibatan Tuk Wali dalam bidang persilatan kerana sayang akan Tuk Wali.
2.     Mak Umi hormat akan tetamu. Dia tetap melayan Imam dan Siak dengan hormat walaupun kedatangan mereka menjengkelkan perasaannya.
3.     Mak Umi berani mempertahankan maruah keluarganya. Dia sangat berani mempertahankan maruah Tuk Wali yang cuba diperlekehkan oleh Imam dan Siak lantaran penglibatan Tuk Wali dalam bidang persilatan

Latar tempat.
1.     Rumah Pendekar Tuk Wali - Imam dan Siak telah datang ke rumah Tuk Wali untuk menasihati Tuk Wali agar tidak lagi bersilat.

Latar masa.
1.     Waktu petang - Imam dan Siak datang ke rumah Tuk Wali untuk menasihati Tuk Wali melalui isterinya agar meninggalkan seni mempertahankan diri disebabkan usianya telah tua.

Latar masyarakat.
1.     Masyarakat yang cekal mengekalkan warisan budaya bangsa, iaitu ilmu persilatan. Contohnya, Tuk Wali masih bertahan dengan pendiriannya untuk mempersembahkan seni silat di khalayak ramai. Tujuannya adalah untuk mendedahkan orang ramai dengan budaya bangsa.
2.     Masyarakat yang mencuba berselindung di sebalik agama untuk kepentingan diri. Contohnya, sikap Siak yang mencuba menasihati Tuk Wali agar tidak bersilat lagi. Sikapnya yang kurang elok kerana menggunakan agama sebagai alasan adalah tidak wajar sama sekali.
3.     Masyarakat yang berhemah ketika melayan tetamu. Contohnya, Mak Umi telap melayan Imam dan Siak dengan berhemah walaupun sikap mereka sangat menjengkelkan apabila merendah-rendahkan keperibadian Tuk Wali.

Nilai.
1.     Nilai keberanian mempertahankan maruah keluarga. Mak Umi sangat berani mempertahankan maruah Tuk Wali yang cuba diperlekehkan oleh Imam dan Siak lantaran penglibatan Tuk Wali dalam bidang persilatan
2.     Nilai berhemah tinggi. Mak Umi tetap melayan Imam dan Siak dengan berhemah walaupun sikap mereka sangat menjengkelkan apabila merendah-rendahkan keperibadian Tuk Wali.

Pengajaran.
1.     Kita hendaklah mempertahankan warisan budaya bangsa. Contohnya, Tuk Wali masih bertahan dengan pendiriannya untuk mempersembahkan seni silat di khalayak ramai, misalnya di majlis perkahwinan. Tujuannya adalah untuk mendedahkan orang ramai dengan budaya bangsa.


BABAK KETIGA.

Sinopsis.

Tuk Wali meluahkan rasa marahnya akan sikap cucu tirinya, Piee yang membuat kecoh di rumah Haji Kodri. Selepas itu, Mak Umi meluahkan kata-kata Siak dan Imam kepada suaminya. Bagi Tuk Wali, dia boleh berzikir sampai mati, tetapi jika ada orang patah kaki, terkehel atau terkena histeria, dia juga yang akan dipanggil. Tuk Wali menjelaskan lagi, ketika dia muda dahulu, ketika zaman darurat, semua orang menghargai akan usahanya mengetuai orang kampung mengawal kampung. Bagi Mak Umi, tanggapan berubah kerana suaminya telah tua. Beberapa detik selepas itu, Ripin dan Mariam, anak murid kepercayaan Tuk Wali datang. Tuk Wali mahu Ripin dan Mariam menggantikan tempatnya tetapi mereka berdua menolak kerana mereka masih memerlukan bimbingan. Kemudian Tuk Wali menyerahan Keris Ganja Seiras Naga Berjuang kepada Ripin, tetapi Ripin menolaknya kerana menganggap dia belum layak menerimanya. Perbualan mereka terputus apabila dua orang wartawan, Halim dan Jamil berkunjung ke rumah Tuk Wali. Tuk Wali menceritakan pengalamannya kepada wartawan itu ketika berhadapan dengan empat orang perompak di kedai emas. Tidak berapa lama kemudian Piee pulang. Tuk Wali memarahi Piee kerana masuk ke biliknya dengan tujuan mahu mencuri. Sesudah Tuk Wali dan Mak Umi masuk ke dalam rumah, datang empat pemuda mahu belajar silat daripada Tuk Wali. Tuk Wali menampar salah seorang daripadapemuda tersebut kerana membuat bising di halaman rumahnya.

Persoalan.
1.     Persoalan tentang kebejatan sosial dalam kalangan generasi muda. Piee, cucu tiri Tuk Wali bukan sahaja menagih dadah, malahan dia pernah mencuri duit simpanan Tuk Wali yang ingin digunakan oleh beliau untuk ke Makkah.
2.     Persoalan tentang penghargaan kepada warisan seni bangsa.Tuk Wali menceritakan kehebatan keris perguruan, Keris Ganja Seiras Naga Berjuang yang merupakan warisan daripada Panglima Kakap kepada Ripin dan Mariam / Jamil dan Halim yang merupakan wartawan daripada majalah Pejuang berasa kagum dengan kehebatan Tuk Wali bersilat terutamanya tentang kisah empat perompak kedai emas.

Kehebatan Tuk Wali.
1.     Dia berjaya menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.
2.     Dia berjaya menumpaskan banyak komunis ketika berperang mempertahankan kampungnya daripada serangan komunis.

Watak dan perwatakan Piee.
1.     Seorang yang suka mencuri.
Piee bukan sahaja menagih dadah, malahan dia pernah mencuri duit simpanan Tuk Wali yang ingin digunakan oleh beliau untuk ke Makkah.
2.     Seorang yang sukar untuk mengubah tingkah lakunya.
Walaupun telah dinasihati dan dimarahi oleh Tuk Wali, namun Piee sukar untuk mengubah tingkah lakunya yang buruk iaitu mengih dadah dan mencuri.

Latar tempat.
1.     Rumah Tuk Wali - Dua orang pemberita Jamil dan Halim telah datang untuk menemuramah Tuk Wali.
2.     Kedai emas – Tuk Wali duduk di kerusi kosong kerana letih, demam setelah balik dari klinik. Empat orang perompak merompak kedai emas dan Tuk Wali berjaya menumpaskan perompak.

Latar masa.
1.     Malam - Tuk Wali mahu menyerahkan keris pusaka kepada Ripin agar meneruskan usahanya melatih anak muda dalam seni mempertahankan diri .

Latar masyarakat.
1.     Masyarakat yang berani- Tuk Wali ialah lambang pendekar yang berani dan mempunyai ilmu persilatan yang tinggi. Tuk Wali telah mengalahkan empat orang perompak yang merompak kedai emas. Pada zaman mudanya pula, Tuk Wali telah membunuh banyak komunis demi mempertahankan kampung.               
2.     Masyarakat yang terjebak dalam gejala penyalahgunaan dadah - Piee terlibat dalam penagihan dadah.
3.     Masyarakat yang menghargai kehebatan orang lain - Jamil dan Halim menghargai usaha Tuk Wali yang cekal dan bersemangat mempertahankan seni silat.
4.     Masyarakat yang tidak beradab - Pemuda 1,2,3 dan 4 berbuat bising di halaman rumah Tuk Wali pada waktu malam.

Nilai.
1.     Nilai sayang akan warisan bangsa- Tuk Wali ialah lambang generasi tua yang sayang akan warisan bangsa terutama silat dan petua-petua. Ripin dan Mariam pula ialah lambang generasi muda yang masih sayang dan mempertahankan warisan bangsa dengan belajar silat.
2.     Nilai keberanian - Tuk Wali berani menewaskan sekumpulan perompak yang cuba merompak kedai emas dan pengganas komunis.

Pengajaran.
1.     Kita hendaklah sayang akan warisan bangsa- Tuk Wali ialah lambang generasi tua yang sayang akan warisan bangsa terutama silat dan petua-petua. Ripin dan Mariam pula ialah lambang generasi muda yang masih sayang dan mempertahankan warisan bangsa dengan belajar silat.
2.     Kita hendaklah berani menewaskan musuh - Tuk Wali berani menewaskan sekumpulan perompak yang cuba merompak kedai emas.

BABAK KEEMPAT.

Sinopsis.

Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara berunding. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah.

Persoalan.
1.     Persoalan dendam dalam kalangan masyarakat sehinggga menyebabkan konflik.
Siak berdendam kepada Tuk Wali kerana berkahwin dengan bekas tunangnya, iaitu Mak Umi sehingga sanggup menabur fitnah.

Watak dan perwatakan Siak.
1.     Seorang yang berdendam - Siak berdendam kepada Tuk Wali kerana berkahwin dengan bekas tunangnya, iaitu Mak Umi sehingga sanggup menabur fitnah.
2.     Seorang yang suka menabur fitnah - Siak telah menabur fitnah terhadap Tuk Wali kerana membenci Tuk Wali.
3.     Seorang yang tidak mahu berbincang untuk menyelesaikan sesuatu perkara - Siak mencabar Tuk Wali untuk bertikam hanya kerana cucunya ditampar oleh Tuk Wali.

Latar tempat
1.     Di gelanggang silat di rumah Tuk Wali - Tuk Wali dan Siak bertarung.

Latar masa.
1.     Waktu petang - Siak datang ke rumah Tuk Wali untuk mencabar Tuk Wali bertarung di gelanggang silat.

Latar masyarakat.
1.     Masyarakat yang pendendam - Siak berdendam kepada Tuk Wali kerana berkahwin dengan bekas tunangnya, iaitu Mak Umi sehingga sanggup menabur fitnah.
2.     Masyarakat  yang suka menabur fitnah - Siak telah menabur fitnah terhadap Tuk Wali kerana membenci Tuk Wali.
3.     Masyarakat yang tidak mahu berbincang untuk menyelesaikan sesuatu perkara - Siak mencabar Tuk Wali untuk bertikam hanya kerana cucunya ditampar oleh Tuk Wali.

Nilai.
1.     Nilai keberanian - Tuk Wali berani menyahut cabaran Siak yang mengajaknya bertarung di gelanggang silat.
2.     Nilai rasional - Siak seharusnya berbincang dengan Tuk Wali untuk menyelesaikan konflik antara mereka dan bukannya terus mencabar Tuk Wali bertarung.

Pengajaran.
1.     Kita janganlah berdendam antara satu sama lain - Siak tidak sepatutnya mendendami Tuk Wali yang telah mengahwini bekas tunangnya, iaitu Mak Umi.
2.     Kita janganlah suka menabur fitnah - Siak tidak sepatutnya memfitnah Tuk Wali kerana perbuatan itu berdosa besar.
3.     Kita hendaklah berbincang jika berkonflik antara satu sama lain - Siak seharusnya berbincang dengan Tuk Wali jika berasa tidak berpuas hati terhadap Tuk Wali.

BABAK KELIMA.

Sinopsis.

Semasa Tuk Wali  sedang berehat di beranda rumahnya,Piee masuk ke rumah Tuk Wali untuk mengambil keris dan biola Tuk Wali dengan niat untuk menjualnya.Ketika Piee mengambil keris dan  biola tersebut dia telah terlanggar sesuatu dan menyebabkan Tuk Wali terjaga.Sebaik sahaja Tuk Wali melihat Piee memegang keris dan biola Tuk Wali mengarahkan piee supaya meletakkan keris dan biola tersebut di tempat asalnya.Tuk Wali memaksa Piee  untuk meletakkan barang milik Tuk Wali itu di tepi dinding semula namun Piee berkeras mengatakan keris itu tiada gunanya disimpan lagi  oleh  Tuk Wali yang semakin lanjut usia dan menyatakan lebih baik keris itu dijual dan boleh mendapat keuntungan.Dalam pergaduhan tersebut,Piee menghunus keris  menikam  Tuk Wali.Salah satu serangan mengenai  perut  Tuk Wali .Piee kemudian lari bersama biola meninggalkan Tuk Wali yang cedera di beranda .Tuk Wali mengambil serbuk akar kayu dan menaburnya di atas kain yang koyak dan meletakkannya pada luka di perutnya.Dalam emosi yang sangat marah,Tuk Wali  melibaskan kerisnya ke sana ke mari dan menendang serta menikam guni pasir yang terdapat di gelanggang silat rumahnya.Darah banyak keluar daripada luka perutnya,Tuk Wali kemudian terbaring di gelanggang.Kemudian Ripin datang dan terkejut melihat keadaan Tuk Wali yang berlumuran darah.Tuk Wali tidak mahu dibawa ke hospital dan sempat menyampaikan pesanan kepada Ripin sebelum menghembuskan nafas  terahir.Tuk Wali berpesan supaya  menjaga keris itu kerana Keris itu merupakan lambang perguruan mereka dan menyerahkan keris tersebut kepada Ripin seperti yang dijanjikannya. Tuk Siak dan imam datang ke  rumah Tuk Wali dan melihat Tuk Wali terbaring berlumuran darah,mereka menyangka Ripin  telah membunuh Tuk Wali.Ripin  bangun dan memandang Tuk Siak  dengan bengis dan menuduh  Tuk Siak yang membunuh  Tuk Wali kerana ingin mendapatkan keris Tuk Wali.Mak Umi dan Mariam yang baru tiba terkejut  melihat keadaan Tuk Wali dan bertanya siapa yang telah membunuh  Tuk Wali.Ripin Dan Tuk Siak saling menuduh dan keadaan itu berterusan.

Persoalan.
1.     Kesan penyalahgunaan dadah yang boleh menyebabkan berlakunya kes jenayah.Contohnya, Piee yang pernah terlibat dengan penggunaan dadah telah mencuri keris dan biola yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Dia juga telah menikam  Tuk Wali apabila berlakunya pergelutan antara mereka.

Jasa-jasa Tuk Wali.
1.     Mendidik akhlak beratus-ratus orang pemuda di Kampung Teluk Penyabung.
2.     Mempertahankan kampung daripada komunis
3.     Sanggup hidup susah  dan merempat di Kampung Teluk Penyabung hanya kerana menyayangi kampung itu dan penduduknya.
4.     Sanggup mengorbankan diri dan seluruh kehidupannya untuk Kampung Teluk Penyabung.

Latar tempat.
1.     Beranda rumah Tuk Wali Contohnya,Tuk Wali menangkap Piee yang ingin mengambil keris dan biola Tuk Wali dan berlaku pertelingkahan antara mereka dan Piee telah menikam Tuk Wali di perut.
2.     Gelanggang silat Contohnya,Tuk Wali meyerahkan keris kepada Ripin dan berpesan supaya menjaga keris itu kerana ia merupakan lambang perguruan mereka dalam silat.Selain itu,di sini juga tempat Tuk Wali menghembuskan nafas terakhirnya.

Latar masyarakat.
1.     Masyarakat  yang  tidak amanah Contohnya, Piee telah mengambil keris dan biola Tuk Wali  tanpa kebenaran dan berniat untuk menjualnya dan mendapat keuntungan.
2.     Masyarakat yang menuduh tanpa usul periksa - Ketika Tuk Siak dan imam tiba di rumah Tuk Wali melihat Ripin yang memegang keris dan Tuk Wali yang terbaring berlumuran darah,mereka menyangka Ripin telah membunuh Tuk Wali.Sebaliknya,Ripin pula menuduh Tuk Siak membunuh Tuk Wali kerana ingin mengambil keris kepunyaan Tuk Wali.

Nilai.
1.     Nilai keberanian mempertahankan warisan nenek moyangnya. Contohnya, Tuk Wali berani menghalang Piee yang mencuri keris dan biola yang merupakan pusaka nenek dan datuk mereka.
2.     Nilai berkorban demi bangsa dan negara - Tuk Wali sanggup hidup susah di kampung sendiri kerana sayang akan kampungnya dan rela mempertahankan kampung itu daripada komunis.

Pengajaran.
1.     Kita janganlah suka tuduh-menuduh tanpa bukti. Contohnya, Siak dan Imam tidak seharusnya bertindak menuduh Ripin membunuh Tuk Wali tanpa sebarang bukti.
2.     Kita hendaklah menjauhi tabiat buruk seperti mencuri. Contohnya, Piee tidak seharusnya mencuri keris dan biola Tuk Wali demi kepentingan diri sendiri.
3.     Kita hendaklah berunding dengan baik bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Contohnya, Ripin, Tuk Siak dan Imam seharusnya berunding dengan baik dan bukannya tuduh-menuduh antara satu sama lain bagi mengenal pasti pembunuh Tuk Wali.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan