Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 3 Ogos 2012

Contoh Jawapan Soalan Novel SPM Berdasarkan Soalan SPM 10 Tahun


TAHUN 2001 (N)
4a Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang anda pelajar ?
Jawapan:
                Berdasarkan novel “Melunas Rindu”  saya berpendapat , pengarang wajar mengakhiri  cerita itu seperti yang saya pelajari kerana novel berkenaan berakhir dengan kegembiraan apabila Fuad dapat bertemu semua dengan ibu kandungnya, Mariana. Kegembiraan Fuad ini bermula apabila dia ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk melawat ibu Farhana yang sakit. Dia mendapati nama ibu Farhana iaitu Mariana binti Osman yang tercatat pada fail pesakit sama seperti nama ibunya. Kehadiran bapa Fuad iaitu Robert Lim yang menyusuli Fuad ke hospital berkenaan untuk menyerahkan sebentuk cincin yang boleh membantu Fuad mencari ibunya telah mengesahkan bahawa ibu Farhana itu ialah ibu kandung Fuad juga.  
                Selain itu, pengakhiran novel itu juga telah berjaya menyatukan semua ahli keluarga yang telah lama terpisah iaitu Fuad telah dapat bertemu semua dengan ,ibunya Mariana, sementara Mariana bertemu semua dengan bekas suaminya, Roslan (Robert Lim). Sementara itu ketika Robert Lim bertemu  Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah yang akan berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah, dia telah menyatakan kepada Fuad bahawa dia akan menyusul kemudian ke sana, seolah-olah pernyataan hati Robert Lim untuk kembali semua kepada agama Islam.

4b Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari itu.
 
Jawapan:
                Persoalan yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, persoalan tentang kasih sayang sesama ahli keluarga misalnya, Fuad reda menerima ketentuan bahawa Farhana ialah adik seibunya walaupun sebelum ini dia ada menaruh hati terhadap Farhana. Akibat ketentuan takdir itu, Fuad mulai belajar untuk menyayangi Farhana sebagai adiknya. Kedua, persoalan tentang tanggungjawab sebagai seorang anak misalnya, Fuad tetap bertanggungjawab untuk membiayai persekolahan adik-adik angkatnya bagi mengambil alih tanggungjawab bapa angkatnya Peter Lim yang uzur, walaupun kini dia telah kembali kepada agama Islam.  Perbezaan agama tidak menghalang Fuad daripada memikul tanggungjawab sebagai seorang anak walaupun berstatus anak angkat.
                Persoalan yang terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah persoalan kasih sayang  antara ahli keluarga misalnya, Faridah sangat sayang dan merindui saudara kembarnya, Rahayu yang telah terpisah sejah kecil akibat perceraian anatara ibu dan bapanya. Mereka sangat merindu antara satu sama lain dan hanya bertemu di alam bawah sedar semasa Faridah terbabit dalam kemalangan sementara Rahayu terlantar sakit di hospital akibat kanser. Kedua, persoalan tentang tanggungjawab sesama umat Islam, misalnya Soleh Johnsons sentiasa memastikan proses penyembelihan haiwan di ladang ternakannya mengikut syariat Islam demi memastikan umat Islam di negaranya memperoleh bekalan daging yang halal.
TAHUN 2002 (J)
4a Unsur kejutan ialah unsur penceritaan yang menimbulkan situasi yang tidak disangka-sangka sama ada oleh watak dalam sesebuah cerita mahupun pembaca. Huraikan dua contoh peristiwa yang menggunakan unsur kejutan dan nyatakan sebab peristiwa berkenaan mengejutkan.
Jawapan:
                Dua contoh unsur kejutan dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama peristiwa pertemuan antara Fuad dengan ibu kandungnya di Hospital Tengku Ampuan Afzan , Kuantan secara kebetulan ketika dia mengunjungi ibu Farhana di sana sangat mengejutkan  Fuad dan Farhana. Hal ini mengejutkan disebabkan, Fuad tidak menyangka bahawa ibu Farhana itu sebenarnya ibu kandungnya juga. Hal ini disahkan sendiri oleh bapa Fuad iaitu Robert Lim yang kebetulan mahu menemui Fuad untuk menyerahkan sebentuk cincin yang mungkin boleh membantu Fuad mencari ibunya.
                Kedua, peristiwa kehadiran bapa Fuad, Roberti Lim di lapangan terbang ketika Fuad, ibunya Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah hendak berangkat mengerjakan umrah di Makkah mengejutkan Fuad. Hal ini mengejutkan Fuad kerana dia tidak menyangka bapanya akan datang malah Fuad lebih terkejut apabila bapanya menyatakan bahawa dia akan menyusul ke Makkah juga seolah-olah bapanya mahu kembali kepada agama Islam.

4b Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari itu.
 
Jawapan:
                Dua nilai murni yang terdapat dalam  novel “Melunas Rindu” ialah nilai kasih sayang , iaitu kasih sayang sesama ahli keluarga misalnya, Fuad reda menerima ketentuan bahawa Farhana ialah adik seibunya walaupun sebelum ini dia ada menaruh hati terhadap Farhana. Akibat ketentuan takdir itu, Fuad mulai belajar untuk menyayangi Farhana sebagai adiknya. Kedua, nilai tanggungjawab, iaitu tanggungjawab sebagai seorang anak misalnya, Fuad tetap bertanggungjawab untuk membiayai persekolahan adik-adik angkatnya bagi mengambil alih tanggungjawab bapa angkatnya Peter Lim yang uzur, walaupun kini dia telah kembali kepada agama Islam.  Perbezaan agama tidak menghalang Fuad daripada memikul tanggungjawab sebagai seorang anak walaupun berstatus anak angkat.
                Dua nilai yang terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah nilai kasih sayang , iaitu kasih sayang antara ahli keluarga misalnya, Faridah sangat sayang dan merindui saudara kembarnya, Rahayu yang telah terpisah sejak kecil akibat perceraian anatara ibu dan bapanya. Mereka sangat merindu antara satu sama lain dan hanya bertemu di alam bawah sedar semasa Faridah terbabit dalam kemalangan sementara Rahayu terlantar sakit di hospital akibat kanser. Kedua, nilai tanggungjawab , iaitu tanggungjawab sesama umat Islam, misalnya Soleh Johnsons sentiasa memastikan proses penyembelihan haiwan di ladang ternakannya mengikut syariat Islam demi memastikan umat Islam di negaranya memperoleh bekalan daging yang halal.
TAHUN 2002 (N)
4a Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari.
Jawapan:
                Tema yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah kegigihan dan ketabahan seorang pemuda untuk mencari asal usul dirinya. Buktinya Fuad/ Abdul Halim/ Joshua gigih berusaha untuk mencari ibunya yang telah terpisah sejak dilahirkan. Dia yang dipelihara oleh bapa saudaranya Peter Lim pada awalnya cuba mengesan kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia. Namun, berita yang menyatakan ibunya masih hidup amat mengembirakan hatinya. Pencariannya berakhir apabila dia berjaya menemui ibunya yang seterusnya melunasi rindunya.

4b Huraikan  dua latar masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari
 
Jawapan:
                Dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup misalnya, Fuad sungguh tabah menghadapi sikap dingin Mak Salmah terhadapnya selama beberapa bulan dia tinggal bersama-sama Pak Ismail dan Mak Salmah. Mak Salmah itu beranggapan bahawa Fuadlah punca kematian Sofia, iaitu anaknya akibat daripada tindakan Fuad melarikan Sofia. Fuad terpaksa bersabar dan sentiasa berusaha mengambil hati Mak Salmah. Kedua, masyarakat yang mentaati perintah agama misalnya, selepas kembali kepada agama asal keluarganya, Fuad tekun mengerjakan solat termasuklah bersolat berjemaah di surau dan tekun mempelajari al-Quran melalui tunjuk ajar Pak Ismail.
                Dua latar masyakarat yang terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah masyarakat yang tabah menerima ketentuan takdir dengan reda misalnya, Faridah reda menerima ketentuan takdir bahawa dia akan kehilangan insan-insan yang disayangi dalam tempoh yang berdekatan antara satu sama lain. Mula-mula Faridah kehilangan saudara kembarnya yang sangat dirinduinya iaitu Rahayu yang meninggal dunia kerana penyakit barah. Kemudian, ibunya pula meninggal dunia kerana menderita akibat kematian Rahayu. Kemudian, suaminya Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Kedua, masyarakat yang mentaati perintah agama misalnya, Soleh Johnsons sangat mentaati perintah agama Islam setelah dia memeluk agalam Islam dan berkahwin dengan Faridah. Dia sentiasa bersolat dan menyokong usaha-usaha mengembangkan syiar Islam dengan sentiasa menghulurkan derma. Dia juga sentiasa memastikan penyembelihan haiwan di ladangnya mengikut syariat Islam agar umta Islam di New Zealand memperoleh bekalan daging yang halal.
               
TAHUN 2003 (J)
4a Plot merupakan aspek penting dalam pembinaan sebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan klimaks novel berkenaan.
Jawapan:
                Berdasarkan novel “Melunas Rindu” plot yang menjadi klimaks novel ini ialah melalui peristiwa apabila Fuad mendapati ibu Farhana merupakan ibu kandungnya. Ketika dia melawat ibu Farhana yang terlantar di hospital dia mendapati nama ibu Farhana sama dengan nama ibunya iaitu Mariana binti Osman. Hal ini disahkan sendiri oleh bapa Fuad, Robert Lim yang secara kebetulan ke hospital mencari Fuad untuk menyerahkan sebentuk cincin iaitu cincin perkahwinannya dengan ibu Fuad yang dirasakannya dapat membantu Fuad mencari ibu kandungnya. Peristiwa itu menjadi klimaks novel “Melunas Rindu” kerana telah menamatkan pencarian Fuad selama ini iaitu untuk mengenali ibu kandungnya yang telah terpisah sejak dia kecil.

4b Huraikan dua latar tempat berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari.
 
Jawapan:
                Dua latar tempat yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah Klinik Ihsan yang terletak di bandar Kuala Terengganu. Fuad telah membawa anak Borhan yang demam panas untuk dirawat. Fuad sanggup menyewa sebuah kereta dan pergi ke klinik tersebut pada waktu malam demi membantu rakannya itu. Kedua, Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan. Latar tempai ini sangat penting kerana di sinilah Fuad telah bertemu dengan ibu kandungnya yang dicari-carinya sekian lama. Secara kebetulan dia ingin melawat ibu Farhana yang dirawat di situ. Rupa-rupanya ibu Farhana itu ialah ibu kandungnnya juga.
                Dua latar tempat yang terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah Cameron Highlands iaitu di sinilah berlakunya pertemuan semula Datuk Azrul dengan kembar bekas teman istimewanya, Rahayu iaitu Faridah. Faridah memperkenalkan dirinya ketika Datuk Azrul dan Datin Aishah pergi ke banglo percutian keluarga Anne untuk membincangkan  tentang perkahwinan Zain dan Anne. Kedua, di Dubai iaitu Soleh Johnsons dan Melina tiba di Dubai International Airport untuk bertemu dengan Benny di Empire Tower Hotel. Benny bercadang untuk mendapatkan rumah berhampiran pantai seperti di Marang dan mencadangkan agar Melina melahirkan anak di Dubai.
TAHUN 2003 (N)
4a Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari. Jelaskan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan tersebut berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.
Jawapan:
                Dua contoh persoalan kegigihan yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, persoalan kegigihan warga guru mendidik anak bangsa, misalnya, Farhana dan Fuad gigih mendidik murid-murid Sekolah Menengah Seri Setia yang sangat lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan mengatur pelbagai program seperti kelas tambahan untuk membantu mereka. Hasilnya, murid-murid semakin menunjukkan minat untuk mempelajari bahasa Inggeris. Kedua, persoalan kegigihan seorang anak untuk mencari ibu kandungnya, misalnya, Fuad begitu gigih mengesan lokasi kubur ibu kandungnya yang dikatakan telah meninggal dunia di Lembah Klau dengan bantuan Pak Said dan Pak Ngah Lias. Fuad sangat rindu akan ibunya kerana telah terpisah sejak kecil lagi. Harapan Fuad untuk menemui ibunya hidup-hidup agak cerah apabila dimaklumkan oleh Pak Ngah Lias bahawa ibunya belum meninggal dunia.

4b Huraikan dua perwatakan watak utama dalam dua buah novel yang telah anda pelajari
 
Jawapan:
                Dua perwatakan, watak utama dalam novel “Melunas Rindu” iaitu Fuad ialah pertama, dia seorang yang penyayang, misalnya, Fuad sayang akan keluarga angkatnya, Peter Lim sekeluarga yang telah memeliharanya sejak kecil dengan tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak seperti menanggung persekolahan adik-adik angkatnya, Ah Soh dan Mei Lan walaupun dia telah kembali kepada agama Islam. Kedua, Fuad seorang yang tabah menerima ketentuan takdir, misalnya, dia tabah dan reda menerima hakikat bahawa Farhana yang memikat hatinya itu merupakan adik seibunya lalu dia terpaksa membuangkan perasaan cintanya kepada Farhana kepada perasaan sayang seorang abang kepada seorang adik.
                Dua perwatakan, watak utama dalam novel “Kabus Di Perbukitan’ iaitu Faridah ialah pertama, dia seorang yang penyayang. misalnya, Faridah sangat sayang akan anak-anaknya Melina dan Anne, terutamanya yang melibatkan penyediaan makanan kegemaran mereka. Dia akan sentiasa memenuhi kehendak selesa anak-anaknya itu. Kedua, Faridah seorang tabah menerima ketentuan takdir, misalnya, dia tabah meneruskan kehidupannya setelah kematian saudara kembarnya, Rahayu, kemudian ibunya pula meninggal dunia dan diikuti oleh suaminya Ghazali dalam tempoh yang sangat dekat.
TAHUN 2004 (J)
4a Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua cabaran yang dihadapi oleh watak tersebut.
Jawapan:
                Dua cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel “Melunas Rindu” iaitu Fuad ialah cabaran untuk memenangi hati Mak Salmah yang membencinya. Fuad berasa bersalah terhadap Pak Ismail dan Mak Salmah kerana dialah, Sofia iaitu anak angkat kesayangan Pak Ismail dan Mak Salmah meninggal dunia. Bagi menebus dosanya itu dia telah tinggal bersama-sama mereka tetapi beberapa bulan tinggal di situ, Mak Salmah bersikap dingin terhadap Fuad walaupun telah dinasihati oleh Pak Ismail suaminya. Namun Fuad tidak berputus asa untuk mengambil hati Mak Salmah dengan pelbagai cara termasuklah membelikan sebidang tanah untuk mereka. Berkat kesabarannya akhirnya Mak Salmah mulai menerima Fuad.
                Kedua, Fuad menghadapi cabaran untuk menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya ialah saudara kandungnya. Apabila Fuad mengetahui bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya dia terpaksa melupakan perasaan cintanya terhadap Farhana. Dia terpaksa menerima hakikat bahawa Farhana ialah adik kandung seibunya. Oleh itu, dia berusaha untuk menukarkan perasaan cintanya itu kepada perasaan kasih sayang seorang abang kepada adiknya walaupun dia berasa janggal pada permulannya.

4b Huraikan dua pengajaran daripada dua buah novel yang telah anda pelajari
 
Jawapan:
                Dua pengajaran yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, kita hendaklah tabah dan reda menghadapi dugaan hidup, misalnya, Fuad tabah mengharungi dugaan hidup terutama dalam menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya iaitu Sofia dan Farhana ialah adik-adik kandungnya. Fuad hampir-hampir meluahkan perasaan cintanya itu kepada Farhana namun terpaksa membatalkan niatnya itu apabila dia mendapat tahu bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya. Dia reda bahawa cintanya terhadap Farhana hanyalah sekadar sayang seorang abang kepada adik kandungnya. Kedua, kita hendaklah mentaati perintah agama, misalnya, setelah Fuad kemabli kepada agama Islam, dia begitu mentaati ajaran agama Islam. Dia sentiasa mengerjakan solat termasuklah solat berjemaah dan mengaji al-Quran melalui tunjuk ajar Pak Ismail.
                Dua pengajaran yang terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah pertama, kita hendaklah reda dan tabah menerima ketentuan takdir, misalnya,  Faridah tabah meneruskan kehidupannya setelah kematian saudara kembarnya, Rahayu, kemudian ibunya pula meninggal dunia dan diikuti oleh suaminya Ghazali dalam tempoh yang sangat dekat. Faridah menerima ketentuan takdir itu dengan reda. Kedua, kita hendaklah mentaati perintah agama, misalnya, Soleh Johnsons sangat mentaati perintah agama Islam setelah dia memeluk agalam Islam dan berkahwin dengan Faridah. Dia sentiasa bersolat dan menyokong usaha-usaha mengembangkan syiar Islam dengan sentiasa menghulurkan derma. Dia juga sentiasa memastikan penyembelihan haiwan di ladangnya mengikut syariat Islam agar umta Islam di New Zealand memperoleh bekalan daging yang halal.
TAHUN 2004 (N)
4a Huraikan dua contoh  nilai kasih sayang terhadap ahli keluarga yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.
Jawapan:
                Dua contoh nilai kasih sayang terhadap ahli keluarga dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, kasih sayang seorang anak kepada bapa angkat iaitu, Fuad sangat menyayangi bapa angkatnya Peter Lim yang telah memeliharanya sejak kecil walaupun kini dia telah kembali kepada agama asalnya iaitu Islam.Fuad telah membiayai persekolahan adik-adik angkatnya apabila, bapa angkatnya itu jatuh sakit kerana sebagai anak dia berasa dia wajib memikul tanggungjawab itu. Kedua, kasih sayang seorang abang kepada adik kandung iaitu, Fuad menyayangi Sofia dan Farhana sebagai seorang abang kepada mereka, walaupun sebelum mengetahui mereka adik-adiknya dia ada menaruh hati terhadap mereka. Fuad terpaksa memadamkan perasaan cintanya terhadap mereka lantaran dia dan wanita-wanita itu ada pertalian darah.

4b Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita. Berdasarkan dua buah novel yang anda baca, jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi.
 
Jawapan:
                Dalam novel “Melunas Rindu”, watak utamanya iaitu Fuad berkonflik dengan Mak Salmah kerana Mak Salmah sukar untuk memaafkan kesalahan Fuad yang menjadi punca kematian anak kesayangannya, Sofia. Selama beberapa bulan Fuad tinggal di rumah Mak Salmah, dia bersikap dingin terhadap Fuad. Bagi menyelesaikan konflik tersebut, Fuad sentiasa bersabar dan berusaha untuk memenangi hati Mak Salmah sehinggalah dia membelikan sebidang tanah untuk Mak Salmah dan Pak Ismail. Akhirnya, Mak Salmah mulai dapat menerima dan memaafkan Fuad.
                Dalam novel “Kabus Di Perbukitan” pula, watak utamanya, Faridah berkonflik dengan dirinya sendiri untuk mengekalkan jati diri keturunannya yang berasal dari Malaysia. Dia tidak mahu anak cucunya lupa akan asal usul bangsanya setelah 25 tahun dia menetap di New Zealand. Bagi menyelesaikan konflik yang dihadapinya itu telah mengambil keputusan untuk mengajak suaminya, Soleh Johnsons menetap ke Malaysia. Suaminya telah bersetuju apabila menjalin hubungan perniagaan dengan Datuk Azrul. Akhirnya, Faridah berasa tenang dan bersyukur kerana dia kini telah pulang dan kembali membina jati diri bangsa di tanah air sendiri.
TAHUN 2005 (J)
4a Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan dua perwatakan satu daripada watak sampingan tersebut.
Jawapan:
                Dua perwatakan, watak sampingan yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” iaitu Farhana ialah pertama, Farhana ialah seorang guru yang berdedikasi misalnya, dia berusaha sedaya upaya meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris murid-murid di sekolahnya. Bersama-sama Fuad dia telah merancang pelbagai program untuk tujuan berkenaan bagi dikemukakan dalam mesyuarat kurikulum. Kedua, dia berani menegakkan kebenaran, misalnya, dia berani menegur kesilapan Cikgu Zamani yang culas dan tidak amanah dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik. Tindakan Farhana ini berpunca daripada sikap Cikgu Zamani yang selalu memburuk-buruknya kepada guru-guru yang lain.

4b Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan dua peristiwa yang dapat anda teladani daripada setiap dua buah novel yang anda pelajari.
 
Jawapan:
                Dua contoh peristiwa yang boleh diteladani daripada novel “Melunas Rindu” ialah pertama, peristiwa Farhana  begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh komited. Kedua, peristiwa yang menunjukkan Fuad tabah menerima ketentuan takdir bahawa gadis-gadis yang dicintainya ialah adik-adiknya sendiri. Dia sememangnya jatuh hati terhadap Farhana dan tercari-cari masa yang sesuai untuk meluahkan perasaannya itu, namun akhirnya dia mendapati bahawa Farhana ialah adik seibu dengannya. Dia menerima ketentuan takdir itu dengan reda. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah tabah atau reda akan ketentuan takdir kerana ada hikmah di sebaliknya.
                Dua contoh peristiwa yang boleh diteladani daripada novel “Kabus di Perbukitan ” ialah pertama, peristiwa Arzul yang bertekad untuk menjadi penternak dan petani setelah menamatkan pengajian di UPM. Dia telah berusaha dengan gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga dia berjaya menjadi seorang usahawantani berjaya. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.. Kedua, peristiwa yang menunjukkan Soleh mahu penebangan hutan untuk membina chalet peranginanya di Tanah Tinggi Lojing dilakukan dengan lebih terancang dan terkawal  tanpa melibatkan penebangan pokok-pokok yang berusia ratusan tahun walaupun akan melibatkan kos yang tinggi. Di samping itu chaletnya itu akan dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga. Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah memelihara keindahan alam sekitar dalam melaksanakan projek pembangunan agar tidak merosakkan keindahan alam sekitar.

TAHUN 2005 (N)
4a Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Jelaskan satu sebab bagi setiap peristiwa yang  telah anda nyatakan.
Jawapan:
                Dua peristiwa yang paling menarik dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, peristiwa pertemuan antara Fuad dengan ibu kandungnya, Mariana yang telah terpisah sejak kecil. Peristiwa ini menarik kerana pertemuan itu telah menjadi penamat rindu Fuad kepada ibu kandungnya. Sementara Mariana akhirnya dapat menemui anaknya yang dicari sejak sekian lama. Selain itu, peristiwa itu juga menjadi titik nokhtah pada perasaan cinta Fuad terhadap Farhana kerana pertemuan itu bermakna Fuad dan Farhana tidak boleh berkahwin kerana mereka adik-beradik seibu.
                Kedua, peristiwa, Farhana dimakumkan bahawa Cikgu Zamani telah ditukarkan ke negeri asalnya mulai sesi persekolahan yang akan datang. Peristiwa itu sudah pasti menarik kerana pertukaran Cikgu Zamani bermakna Farhana akan dapat bekerja dengan tenang di Sekolah Menengah Seri Setia kerana seterunya sudah tiada lagi. Selain itu, cabaran Cikgu Abas sebagai Penolong Kanan di sekolah itu juga berkurangan kerana guru yang culas dan suka mencetuskan budaya kerja negatif dalam kalangan guru di sekolah itu sudah tiada.

4b Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan dua latar tempat dalam setiap novel itu.
 
Jawapan:
                Kedua-dua novel “Melunas Rindu” dan “Kabus di Perbukitan” terdapat persamaan latar tempat iaitu di hospital. Dalam novel “Melunas Rindu” hospital yang menjadi latar tempat beberapa peristiwanya ialah Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan. Latar tempai ini sangat penting kerana di sinilah Fuad telah bertemu dengan ibu kandungnya yang dicari-carinya sekian lama. Secara kebetulan dia ingin melawat ibu Farhana yang dirawat di situ. Rupa-rupanya ibu Farhana itu ialah ibu kandungnnya juga. Sementara itu, hospital yang menjadi latar tempat dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah Hospital Kuala Lumpur. Latar tempat ini merupakan tempat Faridah dan Iqbal dirawat selepas mereka ditemui. Selain itu, Rahayu juga telah ke Hospital Kuala Lumpur untuk menemui Faridah yang koma dan akhirnya Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah setelah Faridah tersedar dari koma. Berita kematian Rahayu sejurus kakak kembarnya, Faridah tersedar dari koma menggemparkan seluruh warga hospital.
                Selain itu, dalam kedua-dua novel tersebut terdapat persamaan latar tempat iaitu di institusi pendidikan. Perbezaannya adalah dalam novel “Melunas Rindu” institusi pendidikan yang dimaksudkan ialah Sekolah Menengah Seri Setia, iaitu tempat Fuad mengajar sebagai guru sandaran bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Di sinilah, Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang merupakan Ketua Panitia Mata Pelajaran Bahasa Inggeris yang sering bertelagah dengan Cikgu Zamani kerana perbuatan Cikgu Zamani yang sering memburuk-burukkan Farhana. Pengenalan itu juga telah menerbitkan perasaan sayang Fuad kepada Farhana tetapi malangnya, akhirnya Fuad mendapati bahawa Farhana ialah adik kandung seibunya. Sementara itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan”, institusi pendidikan yang dimaksudkan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM). Di sinilah, Azrul berkenalan dengan Rahayu kerana mereka merupakan teman sekuliah daripada Fakulti Ekologi Manusia. Kemudian sewaktu di perpustakaan UPM, Rahayu tiba-tiba jatuh pengsan lalu dikejarkan ke Pusat Kesihatan.
               
TAHUN 2006 (J)
4a Pertentangan antara watak banyak terdapat dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan pertentangan (konflik) antara watak dalam sebuah novel yang anda telah kaji.
Jawapan:
                Dua contoh peristiwa yang menunjukkan pertentangan antara watak yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, pertentangan antara Fuad dengan Mak Salmah. Konflik antara mereka berpunca daripada kesukaran Mak Salmah untuk memaafkan kesalahan Fuad yang menjadi punca kematian anak kesayangannya, Sofia. Fuad terpaksa bersabar menghadapi kedinginan layanan Mak Samlah terhadapnya sepanjang dia tinggal menumpang di rumah Pak Ismail dan Mak Salmah malah Fuad mengambil masa berbulan-bulan untuk memujuk hati Mak Salmah agar memaafkannya. Kedua, pertentangan antara Fuad dengan bapanya, Robert Lim. Konflik antara mereka berpunca daripada tindakan bapanya meninggalkan ibu kandung Fuad. Tindakan bapanya itu menyebabkan Fuad menyalahkan bapanya sebagai punca dia terpisah daripada ibu kandungnya itu sejak sekian lama. Dia bertindak tidak mahu menemui bapanya walaupun bapanya telah memasukkan wang sebanyak RM200,000 ke dalam akaunnya bagi memujuk Fuad.

4b Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, jelaskan dua nilai kemasyarakatan daripada setiap novel tersebut.
 
Jawapan:
                Dua nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, nilai bantu-membantu. Misalnya,        Fuad telah membawa anak Borhan yang demam panas untuk dirawat. Fuad sanggup menyewa sebuah kereta dan pergi ke klinik tersebut pada waktu malam demi membantu rakannya itu. Kedua, nilai bekerjasama untuk melaksanakan sesuatu tugas. Misalnya, Farhana dan Fuad saling berbincang dan bekerjasama merancang beberapa program untuk membantu pelajar-pelajar Sekolah Menengah Seri Setia menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris.
                Dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah pertama, nilai bekerjasama, misalnya,  pelbagai agensi kerajaan seperti tentera, polis, ambulans dan RELA bekerjasama dalam operasi mengesan Faridah dan Iqbal yang lesap selepas mereka terbabit dalam kemalangan . Kedua, nilai bantu-membantu. Misalnya, Buyung telah membantu Kamarudin mengesan Faridah dan Iqbal setelah pihak berkuasa menghentikan operasi pencarian kedua-duanya. Berkat bantuan Buyung, Kamarudin telah berjaya menemui Faridah dn Iqbal di perkampungan orang Asli.

TAHUN 2006 (N)
4a Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda telah kaji.
Jawapan:
                Dua pengajaran yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, kita hendaklah tabah dan reda menghadapi dugaan hidup, misalnya, Fuad tabah mengharungi dugaan hidup terutama dalam menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya iaitu Sofia dan Farhana ialah adik-adik kandungnya. Fuad hampir-hampir meluahkan perasaan cintanya itu kepada Farhana namun terpaksa membatalkan niatnya itu apabila dia mendapat tahu bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya. Dia reda bahawa cintanya terhadap Farhana hanyalah sekadar sayang seorang abang kepada adik kandungnya. Kedua, kita hendaklah mentaati perintah agama, misalnya, setelah Fuad kemabli kepada agama Islam, dia begitu mentaati ajaran agama Islam. Dia sentiasa mengerjakan solat termasuklah solat berjemaah dan mengaji al-Quran melalui tunjuk ajar Pak Ismail.

4b Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, bandingkan dua persoalan daripada setiap novel tersebut.
 
Jawapan:
                Perbandingan persoalan yang terdapat dalam novel ‘Melunas Rindu’ dan novel ‘Kabus Di Perbukitan’ ialah kedua-dua novel ini membicarakan tentang persoalan kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan. Contohnya, Fuad sangat sayang akan  keluarga  angkatnya, sehingga sanggup membantu membiayai persekolahan adik-adik  angkatnya walaupun dia telah kembali  memeluk agama asalnya iaitu Islam. Ikatan kekeluargaan tidak terputus biarpun dia kini berlainan agama. Faridah pula sangat sayang akan kembarnya, Rahayu yang sangat  dirinduinya setelah terpisah sejak kecil. Ikatan kasih sayang yang utuh ini terbukti apabila mereka boleh berhubung antara satu sama lain secara di bawah sedar atau secara ‘telepati” apabila Faridah lesap selepas terlibat dalam kemalangan. Melalui hubungan inilah, bapa mereka Kamarudin berjaya mengesan lokasi Faridah berada. Selain itu, kedua-dua novel ini  juga membicarakan tentang persoalan  keredaan  menerima ketentuan takdir. Contohnya, Fuad reda menerima kenyataan bahawa dia dan Farhana ialah adik-beradik walaupun dia ada menaruh perasaan sayang akan Farhana. Sementara Faridah pula reda menerima kematian Rahayu dan suaminya, Ghazali walaupun dia sangat menyayangi kedua-dua insan tersebut.

TAHUN 2007 (J)
4a Nilai setia kawan sering dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua nilai setia kawan dalam sebuah novel yang anda pelajari.
Jawapan:
                Nilai setia kawan yang terdapat dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah pertama, kesetiaan persahabatan antara Azrul dan Rahayu. Hubungan antara Azrul dan Rahayu sangat rapat lantaran mereka  merupakan teman sekuliah daripada Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Mereka sering membuat rujukan bersama-sama di perpustakaan dan berbincang tentang rancangan masa hadapan apabila mereka menamatkan pengajian kelak. Namun hubungan mereka terputus apabila Rahayu meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah paru-paru. Walau bagaimanapun, Azrul terus berusaha untuk meneruskan harapan Rahayu dan dirinya untuk menjadi siswazah yang berdikari tanpa mengharapkan kerja makan gaji. Azrul sentiasa menjadikan kata-kata semangat Rahayu sebagai pendorong kepada untuk terus berjaya dan akhirnya dia telah menjadi usahawan tani yang berjaya. Kedua, kesetiaan persahabatan antara Benny dan Mohamed Attar. Benny begitu setia menyertai misi Mohamed Attar untuk menegakkan syiar Islam secara ekstrem walaupun tidak disenangi oleh Melina. Benny tetap meneruskan persahabatannya dengan Mohamed Attar walaupun Melina berkali-kali menasihatinya agar menjauhi Mohamed Attar sehinggalah Mohamed Attar ditahan oleh pihak Interpol manakala Benny terpaksa melarikan diri ke Dubai.

4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan tema dalam setiap novel itu.
 
Jawapan:
                Tema bagi novel “Melunas Rindu” ialah kegigihan dan ketabahan seorang pemuda untuk mencari asal usul dirinya. Misalnya, Fuad/ Abdul Halim/ Joshua gigih berusaha untuk mencari ibunya yang telah terpisah sejak dilahirkan. Dia yang dipelihara oleh bapa saudaranya Peter Lim pada awalnya cuba mengesan kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia. Namun, berita yang menyatakan ibunya masih hidup amat mengembirakan hatinya. Pencariannya berakhir apabila dia berjaya menemui ibunya yang seterusnya dapat melunaskan rindunya terhadap ibu kandungnya itu.
                Sementara itu , tema bagi novel “Kabus di Perbukitan” ialah jati diri bangsa menjadi tunjang seseorang insan. Buktinya, Faridah yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun kemudian berkahwin dengan Soleh Johnsons akhirnya kembali ke Malaysia untuk membina kehidupan dalam meniti usia tuanya. Malahan dia berazam untuk memastikan anak cucunya juga akan berpegang teguh pada jati diri bangsa dan akan menetap  di Malaysia pada suatu hari nanti ibarat peribahasa setinggi-tinggi bangau terbang akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.
 TAHUN 2007 (N)
4a Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.
Jawapan:
                Dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah pertama persoalan menjaga maruah diri dan keluarga. Misalnya, walaupun Melina semakin akrab dengan Benny dan Benny berkali-kali mengajaknya ke Malaysia namun Melina keberatan untuk menerima pelawaan Benny tanpa sebarang ikatan perkahwinan yang sah demi menjaga maruah diri dan keluarganya. Harapan Benny itu hanya terlaksana apabila Benny melamar Melina dan mereka mendirikan rumah tangga. Kedua, persoalan menjaga maruah agama. Misalnya, tindakan Mohamed Attar yang agak ekstrem dalam perjuangannya untuk menegakkan syair Islam kurang disenangi oleh Ustaz Hassan Syukri. Peristiwa Mohamed Attar ditangkap kerana cuba mengebom sebuah pusat perjudian di Pulau Sentosa, Singapura telah menjatuhkan maruah agama Islam kerana telah memberikan tanggapan negatif kepada masyarakat terutama masyarakat bukan Islam bahawa agama Islam mengajar umatnya melakukan keganasan. Hal ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam yang mengutamakan amalan berhemah dalam menyebarkan syair Islam.

4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.
 
Jawapan:
                Berdasarkan novel “Melunas Rindu” cara watak utama iaitu, Fuad menyelesaikan  konflik antara dirinya dengan Mak Salmah yang berpunca daripada kesukaran Mak Salmah untuk memaafkan kesalahan Fuad yang menjadi punca kematian anak kesayangannya, Sofia ialah Fuad terpaksa bersabar menghadapi kedinginan layanan Mak Samlah terhadapnya sepanjang dia tinggal menumpang di rumah Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad mengambil masa berbulan-bulan untuk memujuk hati Mak Salmah agar memaafkannya dan akhirnya Mak Salmah telah memaafkan Fuad.

                Sementara itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan” cara watak utamanya iaitu Faridah menyelesaikan konflik dalam dirinya yang terlalu rindu akan kampung halamannya iaitu Sungai Besar, Selangor setelah 25 tahun tinggal di New Zealand ialah dia telah bercuti ke Malaysia untuk menguruskan perkahwinan antara Zain dengan Anne. Namun , akhirnya dia dan suaminya, Soleh Johnsons mengambil keputusan untuk terus tinggal di Malaysia maka dapatlah dia menghabiskan usia tuanya di tanah airnya yang tercinta.
TAHUN 2008 (J)
4a Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut.
Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
Jawapan:
                Berdasarkan novel “Melunas Rindu” sesungguhnya, judul novel ini sangat sesuai dengan jalan ceritanya kerana pertama, judul novel “Melunas Rindu’ ada kaitan dengan perasaan Fuad yang sangat rindu akan ibunya kerana dia sudah terpisah daripada ibunya sejak kecil. Oleh itu, dia berusaha untuk mencari kubur ibunya kerana diberitakan ibunya sudah meninggal dunia. Namun dia dikhabarkan berita yang menggembirakan iaitu ibunya belum meninggal dunia. Maka, dia berpeluang untuk menemui ibunya hidup-hidup bagi melunaskan rindunya itu.

                Kedua, perasaan rindu Fuad akhirnya terlunas apabila pada suatu hari ketika dia pergi melawat ibu Farhana yang sakit di hospital dia mendapati nama ibu Farhana sama dengan nama ibunya. Perkara itu akhirnya terbongkar apabila bapa Fuad, Robert Lim yang ingin menyerahkan cincin perkahwinannya dengan Mariana kepada Fuad mengesahkan bahawa ibu Farhana itu ialah ibu kandung Fuad.

4b Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam setiap novel.
 
Jawapan:
                Pengajaran yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh komited. Misalnya, Farhana juga begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang. Kedua, kita hendaklah sayang akan ahli keluarga sendiri walaupun berlainan agama.Misalnya, Fuad sangat sayang akan Peter Lim iaitu bapa angkatnya yang telah memeliharanya sejak kecil malah sanggup membiayai persekolahan adik-adik angkatnya walaupun kini dia telah  kembali kepada agama asalnya iaitu Islam. Ketiga, kita hendaklah mentaati perintah ajaran agama yang dianuti. Misalnya, Fuad tekun mengerjakan solat di surau dan mengaji al-Quran selepas kembali kepada agama Islam.

                Pengajaran yang terdapat dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah pertama, kita hendaklah mempunyai jati diri yang teguh walaupun di mana-mana kita berada. Misalnya, Faridah yang sudah 25 tahun tinggal di New Zealand tetap mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia. Dia kemudian telah mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia dalam meniti usia tuanya bersama-sama suaminya, Soleh Johnson. Kedua, kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kemajuan. Misalnya, Azrul yang bertekad untuk menjadi penternak dan petani setelah menamatkan pengajian di UPM, telah berusaha dengan gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga dia berjaya menjadi seorang usahawantani berjaya. Ketiga, kita hendaklah mentaati perintah ajaran agama yang dianuti sebaik-baiknya. Misalnya, Soleh Johnsons merupakan seorang penganut Islam yang tekun mengerjakan solat lima waktu di masjid dan selalu menderma kepada badan-badan kebajikan.

TAHUN 2008 (N)
4a Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda.
Jawapan:
                Berdasarkan novel “Kabus di Perbukitan”, permulaan novel ini menarik kerana menimbulkan perasaan ingin tahu kepada pembaca apabila Rahayu tiba-tiba terlihat peristiwa seolah-olah dia sedang menuju ke penghadang jalan lalu melanggarnya dan terus menjunam ke dalam gaung ketika berada di dalam perpustakaan Universiti Putra Malaysia. Rentetan peristiwa itu dia menjerit ketakutan lalu jatuh pengsan yang menimbul kegemparan di UPM yang kononnya UPM diserang histeria.
                Kedua, peristiwa kehilangan Faridah dan Iqbal selepas mereka ditimpa kemalangan pada permulaan cerita juga menarik perhatian pembaca kerana menimbulkan persoalan kepada pembaca tentang siapa-siapa yang telah melarikan mereka berdua tanpa meninggalkan sebarang jejak sehingga memeningkan kepada pihak yang berusaha mengesan kehilangan mereka itu. Kehilangan Faridah dan Iqbal berjaya menimbulkan pelbagai misteri.

4b Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan latar masyarakat dalam dua buah novel yang anda pelajari.
 
Jawapan:
                Persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” dan “Kabus di Perbukitan” ialah masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campur. Misalnya, dalam novel “Melunas Rindu”, Mariana yang berketurunan Melayu telah berkahwin dengan Robert Lim yang berketurunan Cina. Hasil perkahwinan inilah lahirlah Fuad yang merupakan pemuda kacukan Melayu dan Cina. Sementara itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan”, Faridah yang berketurunan Melayu dari Malaysia telah berkahwin dengan Samuel Johnsons yang berketurunan ‘kulit putih’ dari New Zealand lalu lahirlah Anne dan Melina yang merupakan gadis kacukan Melayu dan bangsa ‘kulit putih’.
                Perbezaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” dan “Kabus di Perbukitan” ialah masyarakat yang berbeza tempat tinggal. Misalnya, dalam novel “Melunas Rindu”, Fuad tinggal di Malaysia. Sementara itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan”, Faridah dan keluarganya tinggal di New Zealand sebelum dia kembali semula ke Malaysia.
TAHUN 2009 (J)
4a Sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan terhadap perasaan pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda.
Jawapan:
                Berdasarkan novel “Melunas Rindu” peristiwa yang menimbulkan kesan kepada saya ialah pertama, peristiwa Fuad kembali ke Sungai Ruan untuk menemui bapa angkatnya iaitu Peter Lim yang telah memeliharanya sejak kecil setelah dia kembali kepada agama Islam. Kepulangan Fuad sangat dinanti-nantikan oleh keluarga angkatnya itu malah Fuad telah menyuapkan bubur kepada bapa angkatnya yang sedang sakit itu walaupun kini mereka berlainan agama. Fuad juga telah membuat  keputusan untuk membiayai persekolahan adik-adik angkatnya itu. Peristiwa ini meninggalkan kesan terhadap perasaan saya kerana telah berjaya membuktikan bahawa perbezaan anutan agama tidak akan memutuskan hubungan kekeluargaan yang telah terjalin sekian lama. Kedua, peristiwa Fuad mendapati bahawa Farhana ialah adik kandungnya yang sama ibu iaitu ibu Fuad ialah ibu Farhana juga walaupun Fuad telah berkira-kira untuk melafazkan perasaan cinta terhadap Farhana. Fuad sungguh tabah dan reda menerima ketentuan takdir bahawa dia terpaksa melupakan perasaan itu terhadap Farhana kerana berdosa adik-beradik berkahwin. Ketabahan dan keredaan Fuad menerima takdir itu meninggalkan kesan terhadap perasaan saya kerana telah menyedarkan saya bahawa tuntutan agama itu lebih penting daripada tuntutan nafsu.

4b Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan dua latar masa dalam setiap novel.
 
Jawapan:
                Latar masa yang terdapat dalam kedua-dua novel “Melunas Rindu” dan “Kabus di Perbukitan” ialah pada waktu pagi. Misalnya, dalam novel “Melunas Rindu”, peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah kedatangan Chin ke Sekolah Seri Setia untuk berjumpa Fuad di kantin sekolah pada waktu rehat. Dalam pertemuan itu Chin telah memaklumkan Fuad tentang perniagaan ayah Fuad iaitu Robert Lim yang semakin merosot. Sementara itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan”, peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah peristiwa Rahayu tiba-tiba terlihat peristiwa seolah-olah dia sedang menuju ke penghadang jalan lalu melanggarnya dan terus menjunam ke dalam gaung ketika berada di dalam perpustakaan Universiti Putra Malaysia. Rentetan peristiwa itu dia menjerit ketakutan lalu jatuh pengsan yang menimbul kegemparan di UPM yang kononnya UPM diserang histeria. Pada masa yang sama juga Faridah telah terlibat dalam kemalangan dalam perjalannya ke Raub.
                Selain itu, dalam kedua-dua novel juga terdapat latar masa pada waktu malam. Misalnya, dalam novel “Melunas Rindu”, peristiwa Fuad membawa anak Borhan, Muhammad Alif yang demam panas ke Klinik Ihsan di bandar Kuala Terengganu berlaku pada waktu malam iaitu mereka sampai di situ lebih kurang jam sebelas malam. Demi membantu rakannya itu, Fuad telah menyewa sebuah kereta dan membayar caj rawatan anak Borhan itu. Sementara itu, dalam novel “Melunas Rindu”, peristiwa yang berlaku pada waktu malam peristiwa Ghazali dan Said tiba di Rumah Rehat Gap menjelang jam 10 malam untuk mengetahui perkembangan operasi pencarian Faridah dan Iqbal. Ghazali telah dimakulmkan oleh Inspektor Aznil bahawa satu platun Senoi Praak akan tiba dari Hulu Perak untuk membantu mereka mengesan jejak Faridah dan Iqbal lewat malam itu.
TAHUN 2009 (N)
4a Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas.
Jawapan:
                Berdasarkan watak utama dalam novel “Melunas Rindu” iaitu Fuad sememangnya ketabahan Fuad menghadapi cabaran telah membolehkannya memperoleh kejayaan. Pertama, ketabahan Fuad menghadapi sikap dingin Mak Salmah. Mak Salmah sukar untuk memaafkan kesalahan Fuad yang menjadi punca kematian anak kesayangannya, Sofia. Selama beberapa bulan Fuad tinggal di rumah Mak Salmah, dia bersikap dingin terhadap Fuad. Walau bagaimanapun, Fuad sentiasa tabah menghadapi situasi tersebut dan berusaha untuk memenangi hati Mak Salmah sehinggalah dia membelikan sebidang tanah untuk Mak Salmah dan Pak Ismail. Akhirnya, Mak Salmah mulai dapat menerima dan memaafkan Fuad.
                Kedua, ketabahan Fuad mendidik murid-murid tingkatan 5 di Sekolah Menengah Seri Setia yang agak lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Bagi menghadapi situasi ini, Fuad telah berusaha mencari kaedah yang sesuai supaya anak-anak muridnya mendapat kesan yang positif daripada didikannya. Berkat ketabahannya, anak-anak muridnya telah menunjukkan minat untuk mempelajari Bahasa Inggeris.

4b Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan dua contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam setiap novel.
Jawapan:
               Contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, tanggungjawab terhadap amanah atau tugas yang telah diberikan. Misalnya, Cikgu Abas sentiasa melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penolong kanan untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Beliau kerap menegur sikap guru-guru yang tidak amanah seperti tidak masuk ke kelas untuk mengajar. Sementara itu, dalam novel "Kabus di Perbukitan" terdapat contoh nilai tanggungjawab sebagai muslim sejati . Misalnya, Soleh Johnsons sentiasa memastikan penyembelihan haiwan ternakan yang akan dipasarkan kepada pengguna terutama umat Islam mengikut lunas-lunas ajaran Islam. Selain itu, Soleh Johnsons sentiasa bersolat dan bersedekah semata-mata untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penganut agama Islam yang sejati.

                Perbandingan contoh nilai yang kedua ialah tanggungjawab sebagai suami atau ketua keluarga. Misalnya, dalam novel "Melunas Rindu", Roslan (Robert Lim) seharusnya bertanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan tidak meninggalkan Mariana yang sedang mengandung selepas kira-kira 3 bulan mereka mendirikan rumah tangga. Berbuatan Roslan (Robert Lim) yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila meroyan malahan, Abdul Halim (Fuad) mahu dibunuhnya. Dalam novel "Kabus di Perbukitan juga terdapat contoh nilai tanggungjawab sebagai suami atau ketua keluarga. Sikap Kamaruddin juga seperti Roslan (Robert Lim) yang seharusnya bertanggungjawab sebagai suami kepada Salmah dengan tidak berlaku curang dengan mengahwini perempuan lain dan merampas Rahayu daripada jagaan Salmah sehingga menyebabkan Salmah dan Faridah menanggung perasaan rindu terhadap Rahayu. 

TAHUN 2010 (J)
4a. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.

Jawapan:

                Berdasarkan novel “Melunas Rindu” dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat ialah masyarakat yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Hal ini terbukti melalui sikap Cikgu Zamani yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang berdedikasi. Misalnya, dia kerap menghabiskan masa berbual-bual di kantin malah bertindak memburuk-burukkan rakan sekerja iaitu Farhana. Dia juga kerap tidak masuk ke kelas untuk mengajar sehingga menyebabkan suasana kelas menjadi riuh-rendah.

                Kedua, masyarakat yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. Hal ini terbukti melalui watak Robert Lim (Roslan) yang tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan Mariana yang baru dikahwininya selama tiga bulan sedangkan pada ketika itu Mariana telahpun mengandung. Berbuatan Roslan (Robert Lim) yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila meroyan malahan, Abdul Halim (Fuad) mahu dibunuhnya.

4b. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat dalam setiap novel.

Jawapan:

                Dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah masyarakat yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh komited. Misalnya, Farhana juga begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang. Kedua, masyarakat yang sayang akan ahli keluarga sendiri walaupun berlainan agama.Misalnya, Fuad sangat sayang akan Peter Lim iaitu bapa angkatnya yang telah memeliharanya sejak kecil malah sanggup membiayai persekolahan adik-adik angkatnya walaupun kini dia telah  kembali kepada agama asalnya iaitu Islam.
                Dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah pertama, masyarakat yang mempunyai jati diri yang teguh walaupun di mana-mana pun berada. Misalnya, Faridah yang sudah 25 tahun tinggal di New Zealand tetap mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia. Dia kemudian telah mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia dalam meniti usia tuanya bersama-sama suaminya, Soleh Johnson. Kedua, masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kemajuan. Misalnya, Azrul yang bertekad untuk menjadi penternak dan petani setelah menamatkan pengajian di UPM, telah berusaha dengan gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga dia berjaya menjadi seorang usahawantani berjaya.


TAHUN 2010 (N)
4a. Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Jawapan:

                Berdasarkan novel “Melunas Rindu” terdapat beberapa sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca, pertama kesedaran melalui tema novel berkenaan yang menunjukkan betapa kegigihan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran sangat penting beroleh kejayaan. Misalnya, Fuad/ Abdul Halim/ Joshua gigih berusaha untuk mencari ibunya yang telah terpisah sejak dilahirkan. Dia yang dipelihara oleh bapa saudaranya Peter Lim pada awalnya cuba mengesan kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia. Namun, berita yang menyatakan ibunya masih hidup amat mengembirakan hatinya. Pencariannya berakhir apabila dia berjaya menemui ibunya yang seterusnya dapat melunaskan rindunya terhadap ibu kandungnya itu.
                Kedua, kesedaran melalui perwatakan Farhana yang sangat  komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang. Melalui perwatakan Farhana ini telah memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa komited dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan.

 4b. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan dua peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel.

Jawapan:

                Dua contoh peristiwa yang memaparkan peristiwa yang mengandungi nilai keberanian dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, keberanian menegakkan kebenaran. Misalnya, Farhana berani menegur sikap Cikgu Zamani yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang guru. Farhana begitu tegas menegur sikap Cikgu Zamani yang selalu ponteng mengajar dan tidak menghadiri aktiviti kokurikulum. Sementara itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan” pula memaparkan peristiwa keberanian berhijrah ke tempat baharu. Misalnya, Faridah berani berhijrah ke New Zealand untuk memulakan kehidupan baharu setelah dia kehilangan insan-insan yang tersayang. Pada permulaannya Faridah ke New Zealand kerana mengikuti kursus  selama enam bulan di situ, namun akhirnya dia telah menetap selama 25 tahun di New Zealand setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.
               
                Nilai keberanian yang kedua dalam novel “Melunas Rindu” ialah keberanian menanggung risiko demi menebus kesilapan lalu. Misalnya, Fuad berani untuk kembali ke kampung Danau Seberang selepas dia membawa lari anak gadis Pak Ismail dan Mak Salmah, Sofia. Fuad berani menghadapi cemuhan orang kampung dan Mak Salmah demi menebus kesilapannya melarikan Sofia yang akhirnya menyebabkan kematian Sofia. Sikap beraninya itu berbaloi apabila penduduk kampung dan Mak Salmah mulai memaafkan Fuad. Sementara itu, nilai keberanian yang terkandung dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah keberanian hidup berdikari. Misalnya, Melina sangat berani meneruskan hidup di Malaysia seorang diri dalam keadaan sarat mengandung selepas kehilangan Benny yang melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa. Melina berani memandu sendiri dari Terengganu untuk ke Cameron Highlands menemui ibu bapanya yang datang bercuti ke Malaysia.

23 ulasan:

  1. terima kasih cikgu ..perkongsian yng amat bermakna..

    BalasPadam
  2. cikgu, apa maksud (N) dan (J)?

    BalasPadam
    Balasan
    1. N = soalan kertas bulan November
      J = soalan kertas ulangan bulan Jun

      Padam
  3. Cikgu bagaimana nak tulis sinopsis melunas rindu. ..???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulis sinopsis keseluruhan novel tidak perlu bab demi bab.
      Untuk peperiksaan fokuskan pada peristiwa-peristiwa penting sahaja.

      Padam
  4. Cikgu bagaimana nak tulis sinopsis melunas rindu. ..???

    BalasPadam
  5. Cikgu bagaimana nak tulis sinopsis melunas rindu. ..???

    BalasPadam
  6. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ILMU...

    BalasPadam
  7. cikgu bagaimana nak tulis sinopsis kabus di perbukitan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rujuk komen saya untuk sinopsis novel "Melunas Rindu". Tk.

      Padam
  8. cikgu bagaimana nak tulis sinopsis kabus di perbukitan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  9. how to write " sebab novel bertajuk Melunas Rindu"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama, judul novel "Melunas Rindu" dikaitkan dengan usaha Fuad mencari kubur ibunya untuk melunas rindu terhadap ibunya yang telah terpisah sejak dia kecil lagi. Apabial dia dimaklumkan bahawa ibunya belum meninggal dunia dia berharap akan menemui ibunya pada suatu hari nanti akan tercapai.
      Kedua, Fuad akhirnya dapat melunas rindu terhadap ibunya apabila dia mendapati ibu Farhana ialah ibu kandungnya.
      Kedua-dua peristiwa itu menunjukkan bahawa judul novel "Melunas Rindu" sesuai dengan peristiwa-peristiwa dalam novel berkenaan.

      Padam
  10. cm ne nk wt klu die mnta perbandingan dua buah novel...?

    BalasPadam
  11. Terima kasih cikgu, sangat bermanfaat :) Salam dari Tawau, Sabah.

    BalasPadam
  12. cikgu saya nakkan bagi novel papa dan konserto terakhir bagi tahun 2013 bulan jun... boleh tak cikgu???

    BalasPadam
  13. Teramat-amat membantu saya. Ribuan Terima Kasih.

    BalasPadam
  14. terima kasih banyak2 cikgu.. jasa cikgu amat dihargai,.. doakan kejayaan kmi dlm hidup cikgu.. terima kasih..

    BalasPadam