1. Kesilapan menggandakan kata nama selepas kata bilangan yang menunjukkan jamak/banyak.
Contoh:
a. Banyak persatuan-persatuan... sepatutnya Banyak persatuan ...
b. Semua guru-guru... sepatutnya Semua guru...
c. Ramai penjaja-penjaja... sepatutnya Ramai penjaja...
d. Segala masalah-masalah...sepatutnya Segala masalah...
e. Setiap usaha-usaha... sepatutnya Setiap usaha...
f. Kebanyakan penduduk-penduduk... sepatutnya Kebanyakan penduduk...
g. Kesemua buku-buku... sepatutnya Kesemua buku...
h. Sesetengah daripada pengguna-pengguna... sepatutnya Sesetengah daripada pengguna...
2. Kesilapan dalam membentuk kata bilangan.
Contoh:
a. Berbagai bentuk rumah... sepatutnya Berbagai-bagai/Pelbagai bentuk rumah...
b. Para-para pejalan kaki... sepatutnya Para pejalan kaki...
c. Setengah wanita...sepatutnya Sesetengah/ Setengah-setengah wanita...
d. Kedua kanak-kanak... sepatutnya Kedua-dua kanak-kanak...
3. Kesilapan kerana menggandakan kata nama yang mengikuti kata yang berimbuhan se- atau kata bilangan yang bermaksud kumpulan.
Contoh:
a. Sekawan lembu-lembu... sepatutnya Sekawan lembu...
b. Sebilangan ahli-ahli jawatankuasa...sepatutnya Sebilangan ahli jawatankuasa...
c. Sederet rumah-rumah kedai...sepatutnya Sederet rumah kedai...
d. Segerombolan penunjuk-penunjuk perasaan...sepatutnya Segerombolan penunjuk perasaan.
bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan