Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 27 Julai 2012

Tugasan Nota Sajak Mahsuri, Adat Sezaman, Tiba Waktunya


Nota sajak “Mahsuri”

Maksud rangkap.
Lengkapkan maksud rangkap sajak di bawah.

Rangkap 1:
Sajak ini  mengisahkan tentang diri ……………… dan sumpahannya yang menjadi legenda di……………………. Mahsuri digambarkan sebagai lambang wanita yang …………. tetapi telah difitnah akibat …………….. orang yang menzalimi dirinya. Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna ……………… ketika dia dibunuh telah menjadi legenda. Oleh sebab fitnah yang menimpanya, Mahsuri telah berdendam lalu menyumpah Pulau Langkawi selama ………………….. Setelah tamatnya tempoh sumpahan berkenaan, kini langkawi telah membangun ……………………………...

Rangkap 2:
Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat tentang kewujudan Mahsuri kerana ada yang mengatakan kisah Mahsuri hanyalah ……………… seorang ……………….Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsuri itu telah digarapkan dalam karya ……………… dan akhirnya menjadikan legenda itu lebih ………………... Legenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada …………. Langkawi. Hasil karya sastera telah …………………………... kesusasteraan tanah air tercinta.

Tema dan persoalan.
Kenal pasti yang mana-mana pernyataan berikut tema atau persoalan.
Fitnah dalam kalangan masyarakat. Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang menimpa dirinya. Disebabkan itu warna darahnya yang mengalir telah menjadi putih.

Pembangunan iaitu legenda Mahsuri dikaitkan dengan pembangunan di Langkawi. Pada masa kini pulau Langkawi membangun dan terkenal disebabkan oleh legenda Mahsuri.

Sumpah dan dendam. Kezaliman yang berlaku ke atas dirinya telah menimbulkan dendam sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan.

Mengharumkan nama negara di persada dunia. Legenda Mahsuri telah memahsyurkan nama Langkawi diserata dunia

Sastera dan sejarah. Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai.


Nilai dan pengajaran.
Berdasarkan frasa di bawah kenal pasti nilai dan pengajaran yang terdapat dalam sajak ‘Mahsuri’.

Frasa
Nilai
Pengajaran
setiamu menjadi lagu nyanyian ombak pagi…
Nilai ….
Kita hendaklah …
dendam tujuh keturunan melengkung tujuh tanjung….
Nilai ….
Kita hendaklah …



dia hanya bermula dengan khayalan seniman… tetapi bahasa seorang pencerita membuatnya lebih hidup dari kehidupannya.
Nilai ….
Kita hendaklah …



sastera membesarkan tanah air.
Nilai ….
Kita hendaklah …




Latar masyarakat.
Berdasarkan frasa di bawah kenal pasti latar masyarakat yang terdapat dalam sajak ‘Mahsuri’.

Frasa
Latar masyarakat
setiamu menjadi lagu nyanyian ombak pagi…

dendam tujuh keturunan melengkung tujuh tanjung….

dia hanya bermula dengan khayalan seniman… tetapi bahasa seorang pencerita membuatnya lebih hidup dari kehidupannya.



Nota sajak ‘Adat Sezaman’

Maksud sajak.
Lengkapkan maksud rangkap sajak di bawah.
Peradaban zaman semakin …………….. dan meninggalkan kesan kepada masyarakat. Adat tradisi nenek moyang mempunyai nilai murni yang tinggi dari aspek ………………. budayanya. Budaya tradisi ini mulia dan sesuai untuk dijadikan bahan ………………. Sikap gadis timur yang penuh ……………. dan sang teruna yang mempunyai pegangan ………………. yang sangat sepadan untuk digandingkan bersama di ………..  ……………... Namun kini perubahan zaman telah memberi kesan dalam kehidupan masyarakat. Kini gadis yang bersopan santun amat ……………… dan lelaki yang kuat pegangan agama dan nilai ketimuran mulai ……………… ditelan arus globalisasi. Golongan tua kini berasa ……….. dengan sikap anak muda yang suka berkelakuan tidak ………….. di tempat awam tanpa segan silu, tidak …………………… norma-norma masyarakat dan batasan ……………. Pada masa kini, adat nenek moyang semakin ………………. Nilai-nilai agama semakin dipandang ……………. sebaliknya budaya ……………… menjadi ikutan generasi muda.

Tema dan persoalan.
Kenal pasti yang mana-mana pernyataan berikut tema atau persoalan.
Perubahan budaya akibat arus modenisasi iaitu perubahan zaman telah mengakibatkan amalan dan adat resam, serta budaya timur mula terhakis daripada sanubari remaja.

Ketinggian akhlak dan tingkah laku yang diamalkan oleh masyarakat dahulu.

Perasaan kecewa golongan tua apabila melihat keruntuhan akhlak dalam kalangan generasi muda.

Pergaulan bebas dalam kalangan anak muda pada masa kini.

Pegangan agama yang kuat dapat mengelakkan diri daripada dipengaruhi budaya kuning.


Nilai dan pengajaran.
Berdasarkan frasa di bawah kenal pasti nilai dan pengajaran yang terdapat dalam sajak ‘Adat Sezaman’.

Frasa
Nilai
Pengajaran
santun si dara jadi idaman…
Nilai ….
Kita hendaklah …
warak si teruna jadi ikatan…
Nilai ….
Kita hendaklah …
adat sezaman ditinggal jauh, adat agama dipandang remeh, adat kuning jadi ikutan.
Nilai ….
Kita hendaklah …



Latar masyarakat.
Berdasarkan frasa di bawah kenal pasti latar masyarakat yang terdapat dalam sajak ‘Adat Sezaman’.

Frasa
Latar masyarakat
santun si dara jadi idaman…

warak si teruna jadi ikatan…

si tua berduka lara memandang teruna dara berganding tanpa silu tanpa hormat tanpa batasan

adat sezaman ditinggal jauh, adat agama dipandang remeh, adat kuning jadi ikutan.


Nota sajak ‘Tiba Waktunya’

Maksud sajak.
Lengkapkan maksud rangkap sajak di bawah.

Rangkap 1

Perubahan zaman telah berlaku dengan …………… meliputi pelbagai bidang telah melanda …………… manusia. Oleh itu, siapa-siapakah yang akan merebut …………….. yang begitu banyak selari dengan perubahan zaman.

Rangkap 2

Timbul persoalan sama ada kaum ………………… hanya akan menunggu peluang yang ada ………………….. begitu sahaja atau bersama-sama meraih kejayaan. Oleh itu, kaum wanita tidak perlu memikirkan pelbagai ……………. untuk membuat pilihan kerana bukan masanya untuk membuang masa dengan ……………. kerana masa tidak akan menanti mereka.

Rangkap 3

Penyajak menyarankan agar wanita zaman …………… berani meluahkan idea ke tengah ……………. negara. ………….. dan kegigihan usaha  wanita dalam pelbagai bidang menjadi sumber ……………. negara untuk mencapai wawasan era ……………….

Rangkap 4

Mereka perlu keluar daripada kongkongan …………………... dan meleraikan semua yang mengelirukan. Mereka juga perlu ……………., berkeyakinan tinggi, tabah di samping menjaga ………….  ……….. serta hebat semua bidang.

Rangkap 5

Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat …………….. mereka dengan kekuatan akal dan tenaga ……………... Dengan berbekalkan keimanan dan ………………, penyajak menyarankan wanita menggerakkan keupayaan yang ………………….

Rangkap 6
Sekaranglah ……………. untuk wanita berada di puncak pentas ……………….

Tema dan persoalan.
Kenal pasti yang mana-mana pernyataan berikut tema atau persoalan.
Persaingan manusia dalam mengejar kemajuan pada zaman moden

Keyakinan diri dalam usaha untuk mendapat kesenangan dalam hidup.

Peranan wanita kepada masyarakat pada zaman siber .

Kepentingan wanita menjadi seorang yang berani menghadapi persaingan pada masa kini.

Kepentingan wanita untuk bersiap sedia dalam menghadapi era globalisasi.



Nilai dan pengajaran.
Berdasarkan frasa di bawah kenal pasti nilai dan pengajaran yang terdapat dalam sajak ‘Adat Sezaman’.

Frasa
Nilai
Pengajaran
wanita zaman ini perlu bangun berani
Nilai ….
Kita hendaklah …
yakin diri tahan diuji
Nilai ….
Kita hendaklah …
tinggi pekerti anggun gerak-geri
Nilai ….
Kita hendaklah ….

Mari kita jana semua upaya
dalam menjulang citra seluruh wanita



Latar masyarakat.
Berdasarkan frasa di bawah kenal pasti latar masyarakat yang terdapat dalam sajak ‘Adat Sezaman’.

Frasa
Latar masyarakat
wanita zaman ini perlu bangun berani

yakin diri tahan diuji

tinggi pekerti anggun gerak-geri

Mari kita jana semua upaya
dalam menjulang citra seluruh wanita



1 ulasan:

  1. The King Casino Company - Ventureberg
    It was born in 1934. The Company offers luxury ventureberg.com/ hotels, If you worrione.com don't have a poker room in your house, then you'll find a poormansguidetocasinogambling poker room herzamanindir.com/ in the https://septcasino.com/review/merit-casino/

    BalasPadam