Dirgahayu Bahasaku
(Ahmad Sarju)
Rangkap 1 Bahasa Melayu tetap bersemadi di sanubari orang-orang Melayu. Bangsa Melayu sememangnya terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa, setia dan amanah. Rangkap 2 Bahasa dilihat sebagai simbol maruah bangsa yang perlu dipertahankan agar terus kukuh dan menjadi keutamaan dalam banyak hal. Bahasa hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin terutama dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim. Rangkap 3 Para cendiakawan dan penggiat bahasa terus berjuang demi mendaulatkan bahasa. Sebenarnya setiap orang perlu memainkan peranan ini tidak kira di mana-mana sahaja mereka berada. Rangkap 4 Suatu ketika dahulu, bangsa Melayu pernah mencatat sejarah sebagai pelayar hebat. Mereka begitu berani menjelajah dari sebuah pulau ke sebuah pulau dan dari sebuah benua ke benua yang lain. Dari situ bahasa Melayu mula tersebar. Rangkap 5 Bahasa Melayu tetap di hati. Dalam masa yang sama, bahasa Melayu mula diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Bangsa Melayu turut dikenali. Kini bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan. | ||||
Semangat cinta akan bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain. Peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak.
| ||||
| ||||
1. Bebas 2. Terdapat 5 rangkap 3. Rima akhir baris-baris ayat · Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd. · Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnyanya aabab · Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc · Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya aaabb · Rangkap 5 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abaccaa
| ||||
Patriotik | ||||
1. Ayatnya pendek-pendek Contohnya :setia dan amanah 2. Diksi – mudah difahami dan puitis Contohnya; warga yang berbudi 3. Aliterasi – perulangan konsonan’m’ Contohnya : hak bangsaku memilikimu 4. Asonansi – perulangan vokal ’a’ Contohnya : Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan 5. Sinkope . Contohnya: mu, ku, tak 6. Metafora Contohnya : lautan bijaksana, mutiara silam, lagu bahasamu 7. Perlambangan Contohnya ; pejuangku, pelautku, pulau 8. Personifikasi Contohnya : bahasaku mencengkam, suaramu tumbuh. 9. anafora Contohnya ; hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu 10. Epifora Contohnya ; hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu | ||||
1. Nilai bersopan santun. Penggunaan bahasa yang betul membolehkan nilai budi bahasa dapat dilahirkan dalam komunikasi. 2. Nilai setia pada bangsa. Apabila memartabatkan bahasa maka nilai setia dapat ditunjukkan. 3. Nilai amanah dalam meneruskan warisan bangsa.Warisan bangsa perlu dipertahankan. 4. Nilai mencintai bahasa bangsa sendiri. Sesuatu bangsa bertanggungjawab mencintai bahasanya sendiri. 5. Nilai bersatu padu semasa menggunakan bahasa yang sama Penggunaan bahasa yang sama dapat memupuk nilai bersatupadu.. 6. Nilai kegigihan dalam memastikan bahasa Melayu terus digunakan.Sifat ini penting agar penggunaan bahasa Melayu dapat diteruskan. | ||||
|
1. Apakah gaya bahasa bagi rangkai kata di bawah? “lautan bijaksana” Jawapan: metáfora 2. Apakah maksud bait puisi di bawah? “merentas dunia tak bertepi” Jawapan: dunia yang tiada penghujungnya |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan