BABAK
PERTAMA.
Sinopsis
babak 1.
Cerita ini bermula dengan Ripin
yang mendapat tahu Tuk Wali demam pada pagi itu. Ripin kemudiannya memberitahu
Tuk Wali bahawa pemberita majalah akan datang pada malam tersebut. Sifat
melatah Mak Umi keluar apabila dia terhidu akan bau ikan gorengnya yang telah
hangus. Tuk Wali menceritakan tentang anak tirinya iaitu Si Berahim berguru
dengan Si Guan yang tidak menghormati pantang larang untuk mendapatkan herba di
dalam hutan. Tidak lama kemudian,Mak Umi menegur Ripin agar segera ke darat
kerana sudah dekat jam 10. Ripin segera
berangkat ke rumah Leman. Sebelum Ripin beredar,Tuk Wali bertanya kepadanya
siapa-siapa yang akan turun ke gelanggang silat pada malam itu.Tuk Wali
mencadangkan agar Ripin bersilat dengan Mariam tetapi Ripin menolak dan ingin
mencari budak-budak silat yang lain untuk berada di gelanggang.
Persoalan.
1. Persoalan
pantang larang dan petua dalam masyarakat Melayu. Contohnya, Tuk Wali
menjelaskan bahawa ada patang larang dan petua untuk memilih pokok yang sesuai
ditebang atau dicabut.
2. Persoalan
kecintaan terhadap khazanah alam. Contohnya, Tuk Wali kecewa terhadap orang
yang menebang pokok terutama pokok herba sesuka hati sehingga tiada pokok yang
boleh dijadikan benih.
Watak dan perwatakan Tuk Wali.
1.
Seorang guru silat. – hal ini dapat dibuktikan
melalui suasana rumahnya terdapat sebuah beranda rendah , iaitu di bahagian
dinding beranda terpamer senjata tradisional seperti keris,lembing dan pelbagai
lagi senjata lama.
2.
Seorang yang cinta akan khazanah alam - dia marah
akan tindakan manusia yang tamak untuk
mengaut keuntungan daripada hasil hutan (herba) sehingga merosakkan khazanah
hutan malah dia mengamalkan pantang larang ketika mencari tumbuhan herba bagi
memastikan kelangsungan tumbuhan herba berkenaan.
Latar tempat.
1. Rumah Pendekar Tuk Wali - Ripin datang untuk
berjumpa dengan Tuk Wali.
2. Di hutan - Tuk Wali ke hutan mencari akar-akar kayu
sehari suntuk.
Latar masa.
1. Waktu
pagi - Ripin singgah di rumah Tuk Wali dalam perjalanannya ke rumah Leman di
darat.
Latar masyarakat.
1. Masyarakat
yang mencintai alam sekitar. Contohnya, Tuk Wali kurang senang terhadap orang
yang memusnahkan pokok di dalam hutan.
2. Masyarakat
yang mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan. Contohnya, Ripin diundang untuk
bermain silat di rumah Haji Kodri.
3. Masyarakat
yang menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Contohnya, Dia tidak
mahu bermain silat dengan Mariam.
4. Masyarakat
yang sanggup memusnahkan khazanah alam
demi keuntungan. Contohnya, Si Guan menggunakan traktor untuk mencari
herba sehingga memusnahkan semua pokok yang ada.
Nilai.
1. Nilai
mencintai alam sekitar. Contohnya, Tuk Wali kurang senang terhadap orang yang
memusnahkan pokok di dalam hutan.
2. Nilai
menghargai petua. Tuk Wali menjelaskan bahawa terdapat pelbagai cara untuk
mengenal pasti pokok yang boleh ditebang agar tidak pupus.
3. Nilai
berbudi bahasa. Contohnya, Ripin dengan rasa penuh hormat memberitahu Tuk Wali
bahawa dia akan mengumpulkan murid- murid Tuk Wali.
Pengajaran.
1. Kita hendaklah
mencintai alam sekitar. Contohnya, Tuk Wali kurang senang terhadap orang yang
memusnahkan pokok di dalam hutan.
2. Kita
hendaklah menghargai petua. Contohnya, Tuk Wali menjelaskan bahawa terdapat
pelbagai cara untuk mengenal pasti pokok yang boleh ditebang.
3. Kita
hendaklah berbudi bahasa. Contohnya, Ripin dengan rasa penuh hormat memberitahu
Tuk Wali bahawa dia akan mengumpulkan murid- murid Tuk Wali.
BABAK KEDUA.
Sinopsis
babak 2.
Dalam babak kedua,Tuk Wali
bersiap-siap untuk ke rumah Haji Kodri. Setelah bersiap dia dan Ripin telah ke
rumah Haji Kordi. Kemudian, Imam dan Siak telah datang ke rumah Tuk Wali
setelah Tuk Wali pergi ke rumah Haji Kodri. Imam dan Siak kurang menyenangi Tuk
Wali yang masih ligat di gelanggang silat walaupun telah berusia. Mereka
menganggap bahawa dalam usia yang semakin meningkat, Tuk Wali perlulah
menghabiskan masanya di masjid untuk beribadah bukannya berada di gelanggang
silat. Imam dan Siak tidak cuba untuk berbincang dengan Tuk Wali tentang
ketidakpuasan hati mereka. Sebaliknya, mereka hanya berjumpa dengan Mak Umi
sahaja.
Persoalan.
1. Persoalan
budaya warisan bangsa yang diremehkan. Contohnya, Imam dan Siak seolah-olah
memperlekehkan usaha Tok Wali mengajar ilmu silat kepada generasi muda.
Watak dan perwatakan Mak Umi.
1. Mak
Umi menyayangi suaminya. Dia mempertahankan maruah Tuk Wali yang cuba
diperlekehkan oleh Imam dan Siak lantaran penglibatan Tuk Wali dalam bidang
persilatan kerana sayang akan Tuk Wali.
2. Mak
Umi hormat akan tetamu. Dia tetap melayan Imam dan Siak dengan hormat walaupun
kedatangan mereka menjengkelkan perasaannya.
3. Mak
Umi berani mempertahankan maruah keluarganya. Dia sangat berani mempertahankan
maruah Tuk Wali yang cuba diperlekehkan oleh Imam dan Siak lantaran penglibatan
Tuk Wali dalam bidang persilatan
Latar tempat.
1. Rumah Pendekar Tuk Wali - Imam dan Siak telah datang
ke rumah Tuk Wali untuk menasihati Tuk Wali agar tidak lagi bersilat.
Latar masa.
1. Waktu
petang - Imam dan Siak datang ke rumah Tuk Wali untuk menasihati Tuk Wali
melalui isterinya agar meninggalkan seni mempertahankan diri disebabkan usianya
telah tua.
Latar masyarakat.
1. Masyarakat
yang cekal mengekalkan warisan budaya bangsa, iaitu ilmu persilatan. Contohnya,
Tuk Wali masih bertahan dengan pendiriannya untuk mempersembahkan seni silat di
khalayak ramai. Tujuannya adalah untuk mendedahkan orang ramai dengan budaya
bangsa.
2. Masyarakat
yang mencuba berselindung di sebalik agama untuk kepentingan diri. Contohnya,
sikap Siak yang mencuba menasihati Tuk Wali agar tidak bersilat lagi. Sikapnya
yang kurang elok kerana menggunakan agama sebagai alasan adalah tidak wajar
sama sekali.
3. Masyarakat
yang berhemah ketika melayan tetamu. Contohnya, Mak Umi telap melayan Imam dan
Siak dengan berhemah walaupun sikap mereka sangat menjengkelkan apabila merendah-rendahkan
keperibadian Tuk Wali.
Nilai.
1. Nilai
keberanian mempertahankan maruah
keluarga. Mak Umi sangat berani mempertahankan maruah Tuk Wali yang cuba
diperlekehkan oleh Imam dan Siak lantaran penglibatan Tuk Wali dalam bidang
persilatan
2. Nilai
berhemah tinggi. Mak Umi tetap melayan Imam dan Siak dengan berhemah walaupun
sikap mereka sangat menjengkelkan apabila merendah-rendahkan keperibadian Tuk
Wali.
Pengajaran.
1. Kita
hendaklah mempertahankan warisan budaya bangsa. Contohnya, Tuk Wali masih bertahan
dengan pendiriannya untuk mempersembahkan seni silat di khalayak ramai,
misalnya di majlis perkahwinan. Tujuannya adalah untuk mendedahkan orang ramai
dengan budaya bangsa.
BABAK KETIGA.
Sinopsis.
Tuk Wali meluahkan rasa marahnya akan sikap cucu tirinya, Piee yang
membuat kecoh di rumah Haji Kodri. Selepas itu, Mak Umi meluahkan kata-kata
Siak dan Imam kepada suaminya. Bagi Tuk Wali, dia boleh berzikir sampai mati,
tetapi jika ada orang patah kaki, terkehel atau terkena histeria, dia juga yang
akan dipanggil. Tuk Wali menjelaskan lagi, ketika dia muda dahulu, ketika zaman
darurat, semua orang menghargai akan usahanya mengetuai orang kampung mengawal
kampung. Bagi Mak Umi, tanggapan berubah kerana suaminya telah tua. Beberapa
detik selepas itu, Ripin dan Mariam, anak murid kepercayaan Tuk Wali datang.
Tuk Wali mahu Ripin dan Mariam menggantikan tempatnya tetapi mereka berdua
menolak kerana mereka masih memerlukan bimbingan. Kemudian Tuk Wali menyerahan
Keris Ganja Seiras Naga Berjuang kepada Ripin, tetapi Ripin menolaknya kerana
menganggap dia belum layak menerimanya. Perbualan mereka terputus apabila dua
orang wartawan, Halim dan Jamil berkunjung ke rumah Tuk Wali. Tuk Wali
menceritakan pengalamannya kepada wartawan itu ketika berhadapan dengan empat
orang perompak di kedai emas. Tidak berapa lama kemudian Piee pulang. Tuk Wali
memarahi Piee kerana masuk ke biliknya dengan tujuan mahu mencuri. Sesudah Tuk
Wali dan Mak Umi masuk ke dalam rumah, datang empat pemuda mahu belajar silat
daripada Tuk Wali. Tuk Wali menampar salah seorang daripadapemuda tersebut
kerana membuat bising di halaman rumahnya.
Persoalan.
1. Persoalan
tentang kebejatan sosial dalam kalangan generasi muda. Piee, cucu tiri Tuk Wali
bukan sahaja menagih dadah, malahan dia pernah mencuri duit simpanan Tuk Wali
yang ingin digunakan oleh beliau untuk ke Makkah.
2. Persoalan
tentang penghargaan kepada warisan seni bangsa.Tuk Wali menceritakan kehebatan
keris perguruan, Keris Ganja Seiras Naga Berjuang yang merupakan warisan
daripada Panglima Kakap kepada Ripin dan Mariam / Jamil dan Halim yang
merupakan wartawan daripada majalah Pejuang berasa kagum dengan
kehebatan Tuk Wali bersilat terutamanya tentang kisah empat perompak kedai
emas.
Kehebatan
Tuk Wali.
1. Dia
berjaya menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.
2. Dia
berjaya menumpaskan banyak komunis ketika berperang mempertahankan kampungnya
daripada serangan komunis.
Watak dan perwatakan Piee.
1. Seorang
yang suka mencuri.
Piee bukan
sahaja menagih dadah, malahan dia pernah mencuri duit simpanan Tuk Wali yang
ingin digunakan oleh beliau untuk ke Makkah.
2. Seorang
yang sukar untuk mengubah tingkah lakunya.
Walaupun
telah dinasihati dan dimarahi oleh Tuk Wali, namun Piee sukar untuk mengubah
tingkah lakunya yang buruk iaitu mengih dadah dan mencuri.
Latar
tempat.
1. Rumah
Tuk Wali - Dua orang pemberita Jamil dan Halim telah datang untuk menemuramah
Tuk Wali.
2. Kedai emas – Tuk Wali duduk di kerusi kosong kerana
letih, demam setelah balik dari klinik. Empat orang perompak merompak kedai
emas dan Tuk Wali berjaya menumpaskan perompak.
Latar masa.
1. Malam
- Tuk Wali mahu menyerahkan keris pusaka kepada Ripin agar meneruskan usahanya
melatih anak muda dalam seni mempertahankan diri .
Latar
masyarakat.
1. Masyarakat yang berani- Tuk Wali ialah lambang
pendekar yang berani dan mempunyai ilmu persilatan yang tinggi. Tuk Wali telah
mengalahkan empat orang perompak yang merompak kedai emas. Pada zaman mudanya
pula, Tuk Wali telah membunuh banyak komunis demi mempertahankan kampung.
2. Masyarakat
yang terjebak dalam gejala penyalahgunaan dadah - Piee terlibat dalam penagihan
dadah.
3. Masyarakat
yang menghargai kehebatan orang lain - Jamil dan Halim menghargai usaha Tuk
Wali yang cekal dan bersemangat mempertahankan seni silat.
4. Masyarakat
yang tidak beradab - Pemuda 1,2,3 dan 4 berbuat bising di halaman rumah Tuk
Wali pada waktu malam.
Nilai.
1. Nilai sayang akan warisan bangsa- Tuk Wali ialah lambang
generasi tua yang sayang akan warisan bangsa terutama silat dan petua-petua.
Ripin dan Mariam pula ialah lambang generasi muda yang masih sayang dan
mempertahankan warisan bangsa dengan belajar silat.
2. Nilai keberanian - Tuk Wali berani menewaskan
sekumpulan perompak yang cuba merompak kedai emas dan pengganas komunis.
Pengajaran.
1. Kita hendaklah sayang akan warisan bangsa- Tuk Wali
ialah lambang generasi tua yang sayang akan warisan bangsa terutama silat dan
petua-petua. Ripin dan Mariam pula ialah lambang generasi muda yang masih
sayang dan mempertahankan warisan bangsa dengan belajar silat.
2. Kita hendaklah berani menewaskan musuh - Tuk Wali
berani menewaskan sekumpulan perompak yang cuba merompak kedai emas.
BABAK KEEMPAT.
Sinopsis.
Siak datang ke rumah Tuk Wali dan
mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak berasa marah kerana Tuk Wali
telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka bertarung menggunakan
sundang. Mak Umi mencari Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin
berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak
menyelesaikan masalah dengan cara berunding. Mak Umi menyuruh Ripin
menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara
Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali yang kepenatan
dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah.
Persoalan.
1. Persoalan
dendam dalam kalangan masyarakat
sehinggga menyebabkan konflik.
Siak berdendam kepada Tuk Wali kerana
berkahwin dengan bekas tunangnya, iaitu Mak Umi sehingga sanggup menabur
fitnah.
Watak
dan perwatakan Siak.
1. Seorang
yang berdendam - Siak berdendam kepada Tuk Wali kerana berkahwin dengan bekas
tunangnya, iaitu Mak Umi sehingga sanggup menabur fitnah.
2. Seorang
yang suka menabur fitnah - Siak telah menabur fitnah terhadap Tuk Wali kerana
membenci Tuk Wali.
3. Seorang
yang tidak mahu berbincang untuk menyelesaikan sesuatu perkara - Siak mencabar
Tuk Wali untuk bertikam hanya kerana cucunya ditampar oleh Tuk Wali.
Latar tempat
1. Di
gelanggang silat di rumah Tuk Wali - Tuk Wali dan Siak bertarung.
Latar masa.
1. Waktu
petang - Siak datang ke rumah Tuk Wali untuk mencabar Tuk Wali bertarung di
gelanggang silat.
Latar masyarakat.
1. Masyarakat
yang pendendam - Siak berdendam kepada Tuk Wali kerana berkahwin dengan bekas
tunangnya, iaitu Mak Umi sehingga sanggup menabur fitnah.
2. Masyarakat yang suka menabur fitnah - Siak telah menabur
fitnah terhadap Tuk Wali kerana membenci Tuk Wali.
3. Masyarakat
yang tidak mahu berbincang untuk menyelesaikan sesuatu perkara - Siak mencabar
Tuk Wali untuk bertikam hanya kerana cucunya ditampar oleh Tuk Wali.
Nilai.
1. Nilai
keberanian - Tuk Wali berani menyahut cabaran Siak yang mengajaknya bertarung
di gelanggang silat.
2. Nilai
rasional - Siak seharusnya berbincang dengan Tuk Wali untuk menyelesaikan
konflik antara mereka dan bukannya terus mencabar Tuk Wali bertarung.
Pengajaran.
1. Kita
janganlah berdendam antara satu sama lain - Siak tidak sepatutnya mendendami
Tuk Wali yang telah mengahwini bekas tunangnya, iaitu Mak Umi.
2. Kita
janganlah suka menabur fitnah - Siak tidak sepatutnya memfitnah Tuk Wali kerana
perbuatan itu berdosa besar.
3. Kita
hendaklah berbincang jika berkonflik antara satu sama lain - Siak seharusnya
berbincang dengan Tuk Wali jika berasa tidak berpuas hati terhadap Tuk Wali.
BABAK
KELIMA.
Sinopsis.
Semasa Tuk Wali
sedang berehat di beranda rumahnya,Piee masuk ke rumah Tuk Wali untuk
mengambil keris dan biola Tuk Wali dengan niat untuk menjualnya.Ketika Piee
mengambil keris dan biola tersebut dia
telah terlanggar sesuatu dan menyebabkan Tuk Wali terjaga.Sebaik sahaja Tuk Wali
melihat Piee memegang keris dan biola Tuk Wali mengarahkan piee supaya
meletakkan keris dan biola tersebut di tempat asalnya.Tuk Wali memaksa
Piee untuk meletakkan barang milik Tuk
Wali itu di tepi dinding semula namun Piee berkeras mengatakan keris itu tiada
gunanya disimpan lagi oleh Tuk Wali yang semakin lanjut usia dan
menyatakan lebih baik keris itu dijual dan boleh mendapat keuntungan.Dalam
pergaduhan tersebut,Piee menghunus keris
menikam Tuk Wali.Salah satu
serangan mengenai perut Tuk Wali .Piee kemudian lari bersama biola
meninggalkan Tuk Wali yang cedera di beranda .Tuk Wali mengambil serbuk akar
kayu dan menaburnya di atas kain yang koyak dan meletakkannya pada luka di
perutnya.Dalam emosi yang sangat marah,Tuk Wali
melibaskan kerisnya ke sana ke mari dan menendang serta menikam guni
pasir yang terdapat di gelanggang silat rumahnya.Darah banyak keluar daripada
luka perutnya,Tuk Wali kemudian terbaring di gelanggang.Kemudian Ripin datang
dan terkejut melihat keadaan Tuk Wali yang berlumuran darah.Tuk Wali tidak mahu
dibawa ke hospital dan sempat menyampaikan pesanan kepada Ripin sebelum
menghembuskan nafas terahir.Tuk Wali
berpesan supaya menjaga keris itu kerana
Keris itu merupakan lambang perguruan mereka dan menyerahkan keris tersebut
kepada Ripin seperti yang dijanjikannya. Tuk Siak dan imam datang ke rumah Tuk Wali dan melihat Tuk Wali terbaring
berlumuran darah,mereka menyangka Ripin
telah membunuh Tuk Wali.Ripin
bangun dan memandang Tuk Siak
dengan bengis dan menuduh Tuk
Siak yang membunuh Tuk Wali kerana ingin
mendapatkan keris Tuk Wali.Mak Umi dan Mariam yang baru tiba terkejut melihat keadaan Tuk Wali dan bertanya siapa
yang telah membunuh Tuk Wali.Ripin Dan
Tuk Siak saling menuduh dan keadaan itu berterusan.
Persoalan.
1. Kesan
penyalahgunaan dadah yang boleh menyebabkan berlakunya kes jenayah.Contohnya,
Piee yang pernah terlibat dengan penggunaan dadah telah mencuri keris dan biola
yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Dia juga telah menikam Tuk Wali apabila berlakunya pergelutan antara
mereka.
Jasa-jasa Tuk Wali.
1. Mendidik akhlak beratus-ratus orang pemuda di
Kampung Teluk Penyabung.
2. Mempertahankan kampung daripada komunis
3. Sanggup hidup susah
dan merempat di Kampung Teluk Penyabung hanya kerana menyayangi kampung
itu dan penduduknya.
4. Sanggup mengorbankan diri dan seluruh kehidupannya
untuk Kampung Teluk Penyabung.
Latar
tempat.
1. Beranda rumah Tuk Wali Contohnya,Tuk Wali menangkap
Piee yang ingin mengambil keris dan biola Tuk Wali dan berlaku pertelingkahan
antara mereka dan Piee telah menikam Tuk Wali di perut.
2. Gelanggang silat Contohnya,Tuk Wali meyerahkan keris
kepada Ripin dan berpesan supaya menjaga keris itu kerana ia merupakan lambang
perguruan mereka dalam silat.Selain itu,di sini juga tempat Tuk Wali
menghembuskan nafas terakhirnya.
Latar
masyarakat.
1. Masyarakat
yang tidak amanah Contohnya, Piee
telah mengambil keris dan biola Tuk Wali
tanpa kebenaran dan berniat untuk menjualnya dan mendapat keuntungan.
2. Masyarakat yang menuduh tanpa usul periksa - Ketika Tuk Siak dan imam tiba di rumah Tuk
Wali melihat Ripin yang memegang keris dan Tuk Wali yang terbaring berlumuran
darah,mereka menyangka Ripin telah membunuh Tuk Wali.Sebaliknya,Ripin pula
menuduh Tuk Siak membunuh Tuk Wali kerana ingin mengambil keris kepunyaan Tuk
Wali.
Nilai.
1.
Nilai keberanian mempertahankan warisan nenek
moyangnya. Contohnya, Tuk Wali berani menghalang Piee yang mencuri keris dan
biola yang merupakan pusaka nenek dan datuk mereka.
2. Nilai
berkorban demi bangsa dan negara - Tuk Wali sanggup hidup susah di kampung
sendiri kerana sayang akan kampungnya dan rela mempertahankan kampung itu
daripada komunis.
Pengajaran.
1. Kita
janganlah suka tuduh-menuduh tanpa bukti. Contohnya, Siak dan Imam tidak seharusnya
bertindak menuduh Ripin membunuh Tuk Wali tanpa sebarang bukti.
2. Kita
hendaklah menjauhi tabiat buruk seperti mencuri. Contohnya, Piee tidak
seharusnya mencuri keris dan biola Tuk Wali demi kepentingan diri sendiri.
3. Kita
hendaklah berunding dengan baik bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Contohnya,
Ripin, Tuk Siak dan Imam seharusnya berunding dengan baik dan bukannya tuduh-menuduh
antara satu sama lain bagi mengenal pasti pembunuh Tuk Wali.