NOTA SAJAK ANTOLOGI
“KASUT KELOPAK JANTUNG” TINGKATAN 1
Sajak “Lebah dan
Madu”
Maksud sajak.
1.
Lebah membuat sarang di pokok tualang.Serangga
ini sangat rajin dan sentiasa
bekerjasama.
2.
Dalam koloni lebah ini terdapat ratu dan
pekerja.Serangga ini bersepakat untuk menghasilkan madu yang menjadi penawar
penyakit.
3.
Koloni lebah ini menyedarkan penyajak supaya
berusaha bersungguh-sungguh dan berbuat jasa kepada semua.
Tema
Tema tentang hidup bermasyarakat dan berjasa kepada hidupan lain.
Buktinya, kita diingatkan supaya mencontohi lebah,iaitu serangga yang
mengamalkan kehidupan bermasyarakat dan berjasa kepada hidupan lain.
Persoalan sajak.
1.
Bermuafakat tanpa mengira perbezaan taraf.
2.
Pentingnya semangat bekerjasama dalam pekerjaan.
3.
Kerajaan berusaha dalam mengusahakan sesuatu
pekerjaan.
4.
Keinsafan untuk menyumbang bakti kepada
masyarakat.
Nilai
1.
Nilai bekerjasama
2.
Nilai muafakat
3.
Nilai kerajinan
4.
Nilai keinsafan
5.
Nilai kegigihan
Pengajaran
1.
Kita mesti selalu rajin berusaha.
2.
Kita mesti bekerjasama antara satu sama lain.
3.
Kita menyumbang jasa kepada masyarakat.
Bentuk sajak
Gaya bahasa
1.
Anafora
: Pada dahan (R1B2)
Pada dahan pohon tualang (R3B2)
Pada dahan pohon tualang (R3B2)
2.
Imej alam
: Pohon tualang
3.
Kata ganda : Lebah-lebah
4.
Simile
: seperti madumu yang istimewa
5.
Sinkope
: kau , madumu
6.
Repitisi
: Ada ratu ada pekerja
Sajak “Hari Akhir Persekolahan”
Maksud sajak.
Pada hari
persekolahan, dapat dilihat segelintir murid yang masih membaca buku kerana
mementingkan ilmu. Ada juga segelintir murid yang teringat akan pesanan guru
manakala segelintir murid lagi berasa sedih kerana mereka akan berpisah dengan
rakan-rakan serta guru tidak lama lagi.
Selain itu,
ada juga segelintir murid yang berasa gembira akan peralihan zaman yang bakal
dilalui mereka, iaitu kebebasan. Di samping itu mereka juga akan menempuh dalam
kedewasaan.
Tema
Jati diri murid untuk mencintai
buku dan menghargai ilmu.
- Murid-murid diingatkan agar
mengulang kaji pelajaran walaupun setelah mereka menamatkan persekolahan kelak.
Persoalan sajak.
1) Kepentingan ilmu
- Ilmu sangat penting dalam
kehidupan. Pada hari terakhir persekolahan, masih ada murid yang membaca buku
kerana menyedari kepentingan ilmu.
2) Pesanan guru
- Pesanan guru akan terus
diingati oleh murid sehingga tamat alam persekolahan.
3)Kesedihan akibat perpisahan
- Murid-murid akan berasa sedih
kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan dan guru-guru di sekolah.
Nilai
1) Nilai keprihatinan
-
Prihatin akan pesanan guru
sebelum meninggalkan alam persekolahan.
2) Nilai kerajinan
- Rajin membaca buku.
Pengajaran
1) Kita hendaklah menghargai
setiap nasihat dan pesanan yang diberikan oleh guru-guru sebelum meninggalkan
alam persekolahan.
2) Kita hendaklah rajin membaca
buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
3) Kita hendaklah gigih dalam
menimba ilmu demi mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Bentuk sajak
Gaya bahasa
1) Anafora
Contoh: (i)Yang tersisip
(B2)
Yang mengintip (B5)
(ii)Ada mata batin (B4)
Ada air jernih (B7)
2) Metafora
Contoh: Ada mata batin
(B4)
3) Personafikasi
Contoh: Ada mata batin
yang mengintip. (B4 dan B5)
Sajak “Dairi Lama”
Maksud sajak.
Rangkap 1 :
Apabila penyajak membaca catatan dalam diari lamanya semula , timbul
perasaan sebak . Namun , air mata penyajak tidak sama nilainya dengan
pengorbanan pejuang kemerdekaan sehingga menumpahkan darah.
Rangakap 2:
Penyajak menyatakan rasa cinta pada negara dan menyaksikan sambutan
ulang tahun kemerdekaan negara di Dataran Merdeka dengan rasa bangga. Penyajak
mengharapkan
negara akan makmur sampai bila – bila .
Tema
Semangat cinta akan negara
(patriotik) mengimbau kenangan terhadap perjuangan para pejuang untuk memerdekakan negara kita.
Semangat cinta akan tanah air ini dilahirkan melalui perayaan Hari Kebangsaan
yang disambut setiap tahun..
Persoalan sajak.
1.
Sanjungan kepada para pejuang dahulu yang
berjuang untuk menuntut kemerdekaan negara .
2.
Rasa bangga menjadi anak Malaysia yang merdeka .
3.
Banyak pengorbanan yang telah dilakukan dalam
menuntut kemerdekaan .
Nilai
1.
Nilai menghargai jasa
2.
Nilai kesyukuran
3.
Nilai patriotik.
4.
Nilai keberanian
Pengajaran
1.
Kita hendaklah menghargai jasa pejuang-pejuang
yang menuntut kemerdekaan.
2.
Kita hendaklah bersyukur kerana negara kita aman
damai setelah merdeka .
3.
Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan
negara .
4. Kita
hendaklah mempertahankan keamanan negara daripada ancaman musuh
5. Kita
hendaklah bangga akan pejuang-pejuang
yang membebaskan negara daripada ancaman musuh .
Bentuk sajak
Gaya bahasa
1.
Personifikasi : menongkah persada , menyambut
suka
2.
Paradoks : diulit riang bersalut hiba
3.
Sinkope : tak
4.
Asonansi : sampai bila - bila
(pengulangan vokal i)
5.
Aliterasi : anak bumi bertuah merdeka
(pengulangan konsonan k)
Sajak “Jangan”
Maksud sajak.
Rangkap 1:
-Penyajak tidak merelakan anaknya dibawa pergi kerana sangat menyayangi
anaknya.
Rangkap 2:
-Penyajak berasa sangat sedih apabila anaknya dibawa pergi. Hidupnya
sangat menderita apabila terpisah daripada anaknya itu.Hidup penyajak menjadi
tidak menentu kerana kasih seorang ayah kepada
anaknya mungkin melebihi daripada perasaan cinta kepada ibunya(isterinya).
Rangkap 3:
-Penyajak yang kehilangan anaknya berazam untuk mencari anaknya itu
walaupun di mana-mana sahaja sekalipun.
Tema
Tentang perasaan sayang seorang bapa kepada anak yang adakalanya
tidak terhingga.
Persoalan sajak.
1.
Persoalan tentang keazaman seorang bapa untuk
mencari anaknya yang hilang.
2.
Persoalan tentang penderitaan jiwa yang dialami
seorang bapa apabila terpisah dari anaknya.
3.
Anak itu merupakan anugerah yang tidak ternilai
kepada pegangan suami isteri.
Nilai
1.
Nilai kasih sayang terhadap anaknya.
2.
Nilai kegigihan untuk mencari anaknya sahaja dia
berada.
3.
Nilai ketabahan seorang bapa.
Pengajaran
1.
Ibu bapa haruslah memelihara anak-anak dengan
penuh kasih sayang.
2.
Kita hendaklah sabar menghadapi dugaan.
3.
Kita hendaklah gigih berusaha.
Bentuk sajak
1. Rima
akhir
-R1 :a,a,b,b,c
-R2:a,b,c,a,c,c,c,c,d,c
-R3:a,b
2. Bilangan
baris rangkap: 2-10 baris
3. Bilangan
kata sebaris: 3-7 baris serangkap
4.
Bilangan rangkap: 3 rangkap
Gaya bahasa
1.
Sinkof
Contoh:anakku, hidupku,hatiku,kucari,
kaubawa
2.
Metafora
Contoh: permata hati belahan jiwa,
pembalut luka
3.
Anafora:
Contoh:
Jangan bawa pergi anakku
(R1B1)
Jangan kaubawa lari anakku
(R2B1)
4.
Inversi
Contoh:akan ku cari di mana pun dia kini
5.
Aliterasi:
Contoh :pembalut luka
dan penghibur lara (pengulangan konsonan ‘l’)
6.
Asonansi:
Contoh: Permata
hati belahan jiwa
(pengulangan vokal ‘a’)
Sajak “Asap”
Maksud sajak.
RANGKAP 1:
Penyair
tertanya-tanya tentang asap yang memedihkan matanya hingga membuatkannya
menangis.
RANGKAP 2:
Penyair ingin tahu
sebab kewujudan asap semakin besar menyebabkan dirinya hampir lemas.
RANGKAP 3:
Asap telah
menyebabkan jantungnya mengalami kesesakan.
RANGKAP 4:
Asap tidak boleh
disentuh,tetapi bahangnya walaupun tanpa api boleh memusnahkan.
Tema
Temanya
tentang alam sekitar, iaitu menceritakan kesan pencemaran alam terhadap
manusia persekitaran. Hal ini dapat menyedarkan murid tentang pentingnya
memelihara alam sekitar.
Persoalan sajak.
1.
Kesan kebakaran yang memudaratkan.
Kebakaran boleh memudaratkan kepada manusia,haiwan dan alam
sekitar.
2.
Asap boleh menyebabkan sesak nafas.
Kesan asap kepada
manusia yang boleh menyebabkan manusia sesak nafas
3.
Asap boleh menyebabkan sakit jantung.
Kesan asap rokok
kepada manusia yang boleh menyebabkan manusia menghidapi penyakit jantung tanpa mengira tua atau muda
4.
Asap boleh menyebabkan bumi menjadi panas.
Kesan asap kepada
alam yang boleh menyebabkan bumi mengalami peningkatan suhu.
Nilai
1.
Nilai sayang akan alam sekitar
2.
Nilai menghargai kesihatan diri
3.
Nilai berhati-hati
Pengajaran
1.
Kita hendaklah sayang akan alam sekitar
2.
Kita hendaklah menghargai alam sekitar
3.
Kita hendaklah berhati-hati terhadap api
Bentuk sajak
Gaya bahasa