Soalan:
Sektor pelancongan memberikan
sumbangan yang besar kepada ekonomi negara kita. Pelbagai usaha dilaksanakan
untuk menggalakkan pelancongan dalam negara.
Jelaskan peranan pihak kerajaan, swasta, dan rakyat
untuk menggalakkan industri pelancongan dalam negara.
Pendahuluan:
Isu semasa
|
Bagaimanakah perkembangan industri pelancongan
pada masa kini?
|
Tema
(Jenis data/ statistik)
|
Berapa peratuskah sumbangan sektor pelancongan kepada pendapatan negara?
Berapakah
jumlah pelancong yang telah melancong ke Malaysia pada tahun 2011?
|
Kehendak soalan
|
Apakah kehendak soalan?
|
Isi 1:
Ayat topik
|
Kerajaan mempromosikan
produk pelancongan di Malaysia.
|
Ayat huraian + ayat contoh
|
• Mengapakah kerajaan perlu
mempromosikan produk pelancongan Malaysia ke luar negara?
• Apakah antara produk
pelancongan negara yang boleh diketengahkan?
• Apakah agensi kerajaan
yang bertanggungjawab bagi menggalas tugas ini?
• Bagaimanakah agensi
berkenaan mengadakan usaha promosi?
• Apakah contoh agenda/acara
yang dianjurkan untuk mempromosikan produk pelancongan negara?
|
Ayat rumusan
|
Apakah kepentingan usaha
mempromosikan produk pelancongan?
|
Isi 2:
Ayat topik
|
Kerajaan mempelbagaikan
produk pelancongan di Malaysia.
|
Ayat huraian + ayat contoh
|
• Mengapakah kerajaan perlu
mempelbagaikan produk pelancongan Malaysia ke luar negara?
• Apakah antara produk
pelancongan negara yang boleh dipelbagaikan?
• Apakah agensi kerajaan
yang bertanggungjawab bagi menggalas tugas ini?
• Bagaimanakah agensi
berkenaan mengadakan usaha berpandukan contoh agenda/acara yang dianjurkan
untuk mempromosikan kepelbagaian produk pelancongan negara?
|
Ayat rumusan
|
Apakah impak jika produk
pelancongan dipelbagaikan?
|
Isi 3:
Ayat topik
|
Pengusaha pelancongan
meningkatkan kualiti perkhidmatan.
|
Ayat huraian + ayat contoh
|
• Siapakah yang dikategorikan sebagai
pengusaha pelancongan?
• Mengapakah kualiti perkhidmatan perlu
ditingkatkan?
• Apakah antara contoh perkhidmatan yang
berkaitan?
• Bilakah para pelancong kerap merungut
tentang kualiti perkhidmatan di negaka kita?
|
Ayat rumusan
|
Apakah kesan yang mungkin
timbul jika aspek ini diabaikan?
|
Isi 4:
Ayat topik
|
Masyarakat setempat
hendaklah menyokong aktiviti pelancongan.
|
Ayat huraian + ayat contoh
|
• Bagaimanakah respons yang sewajarnya
daripada masyarakat setempat terhadap para pelancong?
• Mengapakah masyarakat setempat harus
menunjukkan respons yang positif terhadap para pelancong?
• Apakah destinasi pilihan yang wajar
dipilihkan oleh rakyat tempatan jika mahu melancong? Mengapa?
|
Ayat rumusan
|
Apakah langkah yang wajar
diambil untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat bagi memacu industri
pelancongan?
|
Penutup:
Saranan
|
Apakah saranan kamu kepada semua pihak yang
berkenaan untuk memajukan sektor pelancongan?
|
Ramalan 1 (kesan)
|
Apakah kesannya jika semua pihak memainkan peranan
masing-masing kepada kelangsungan sektor pelancongan?
|
Ramalan 2 (kesan)
|
Pada masa hadapan, sektor pelancongan Malaysia akan
semaju destinasi pelancongan yang mana?
|
Ramalan 3 (kesan)
|
Apakah tempias kemaslahatan yang turut dirasai oleh
rakyat Malaysia?
|
Peribahasa
|
?????
|